Permohonan Kaveat Persendirian

Penerangan ringkas

Kaveat Persendirian bertujuan untuk menyekat atau menghalang mana-mana tanah daripada sebarang urusniaga.

Borang yang digunakan

Permohonan memasukkan Kaveat Persendirian hendaklah menggunakan borang 19B yang boleh dibeli di mana-mana Pejabat Tanah.

Seksyen 323 KTN

Cara mengisi borang 19B

  • Segala maklumat dalam Borang 19B boleh ditaip atau ditulis dengan terang dan jelas.
  • Borang yang sudah diisi dengan lengkap mestilah diakusaksi oleh mana-mana pegawai atau orang yang disenaraikan diantaranya seperti berikut :-
    - Majistret
    - Pengarah Tanah dan Galian
    - Pendaftar Hakmilik
    - Pentadbir Tanah
    - Peguambela dan Peguam Cara.
    - Penyaksi Awam (Notary Public).
  • Kaveat bagi hakmilik Pegangan Melayu di dalam kawasan Rizab Melayu mesti diakusaksi oleh Pentadbir Tanah.
  • Alasan-alasan kemasukan kaveat hendaklah dicatatkan di para 2 borang 19B.
  • Sertakan surat akuan yang diakusaksi oleh Majistret/ Pesuruhjaya Sumpah.

Tindakan selepas menyempurnakan borang 19B

Menyerahkan dokumen-dokumen berikut ke kaunter Bahagian Hakmilik Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri / Bahagian Pendaftaran Pejabat Tanah berkenaan.

  • Borang 19B yang lengkap
  • Surat akuan yang lengkap
  • Surat perjanjian jika perlu
  • Bayaran yang ditetapkan

Proses kaveat persendirian berkuatkuasa

Kaveat persendirian berkuatkuasa apabila didaftarkan

Bayaran

Pembelian Borang 19B

RM 3 satu set

Penyaksian Borang 19B

RM 5 satu penyaksian

Pendaftaran Kaveat

RM 150 satu Hakmilik

Pendaftaran :

Suratkuasa Wakil Daftar



RM 50 satu suratkuasa

Kuasa Melulus

  • Hakmilik Pejabat Pendaftar (Geran / Pajakan Negeri / HSD) diluluskan oleh Pendaftar Hakmilik.
  • Hakmilik Pejabat Tanah (Geran Mukim / Pajakan Mukim / HSM) diluluskan oleh Pentadbir Tanah.

Peringatan

  • Had umur pengkaveat mestilah 18 tahun ke atas.
  • Tempoh kaveat berkuatkuasa selama 6 tahun.

Contoh borang dan dokumen

Borang 19B

Seksyen 97 & 100 KTN