Permohonan Kebenaran Pindahmilik/Menggadai Tanah

Penerangan ringkas

Kebenaran untuk memindah milik atau menggadai tanah perlu diperolehi daripada Pihak Berkuasa Negeri bagi hakmilik- hakmilik yang dikenakan 'sekatan kepentingan'.

Sekatan Kepentingan

Larangan ke atas pemilik tanah dari memindah milik atau menggadai tanah.

Seksyen 120 KTN

Borang diperlukan

  • Permohonan Kebenaran Pindahmilik (PTG 1/2001)
  • Permohonan Kebenaran Menggadai Tanah (PTG 2/2001)

Cara memohon

Pemohon dikehendaki mengisi borang permohonan yang boleh didapati di Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian Negeri atau Pejabat-Pejabat Tanah.

Permohonan dikemukakan kepada :-

  • Pengarah Tanah & Galian Negeri Perak - Hakmilik Pendaftar
  • Pentadbir Tanah-Hakmilik Pejabat Tanah

Dokumen yang perlu disertakan

a) Kebenaran Pindahmilik di antara orang perseorangan.

  • Borang yang lengkap diisi.
  • Sesalinan hakmilik.
  • Sesalinan surat perjanjian jual beli (jika ada).
  • Sesalinan resit cukai tanah semasa yang disahkan oleh Pentadbir Tanah.
  • Sesalinan kad pengenalan pemilik dan bakal penerima milik.
  • Suratkuasa Wakil (Power Of Attorney) yang disahkan.
  • Surat persetujuan daripada pihak-pihak yang berkepentingan
  • Salinan sah bukti pertalian keluarga sekiranya pindahmilik adalah antara ibubapa kepada anak-anak, suami isteri, dan antara adik-beradik seperti berikut :-
    i. Salinan sijil kelahiran
    ii. Sijil nikah atau Sijil pendaftaran perkahwinan

b) Kebenaran Pindahmilik di antara orang perseorangan kepada Syarikat/Pertubuhan dan di antara sesama Syarikat/Pertubuhan.

  • Borang yang lengkap diisi.
  • Sesalinan hakmilik.
  • Sesalinan surat perjanjian jual beli (jika ada).
  • Sesalinan resit cukai tanah semasa yang disahkan oleh Pentadbir Tanah.
  • Sesalinan kad pengenalan pemilik dan bakal penerima milik
  • Sesalinan Undang-Undang Tubuh (Memorandum and Articles of Association) Syarikat/Pertubuhan tersebut yang membuktikan ianya layak memiliki tanah.
  • Suratkuasa Wakil (Power of Attorney) yang disahkan.
  • Salinan Sijil Pendaftaran Syarikat.
  • Resolusi Lembaga Pengarah Syarikat atau Pertubuhan untuk membeli atau menjual tanah yang berkaitan.
  • Borang 24 dan 49 Akta Syarikat
  • Surat persetujuan daripada pihak-pihak yang berkepentingan

c) Kebenaran Menggadai kepada Bank / Institusi Kewangan / Syarikat /Perbendaharaan Malaysia.

  • Borang yang lengkap diisi.
  • Sesalinan hakmilik.
  • Sesalinan resit cukai tanah semasa yang disahkan oleh Pentadbir Tanah.
  • Sesalinan kad pengenalan pemilik
  • Sesalinan Undang-Undang Tubuh (Memorandum and Articles of Association) Syarikat / Pertubuhan.
  • Suratkuasa Wakil (Power of Attorney) yang disahkan.
  • Salinan Sijil Pendaftaran Syarikat.
  • Resolusi Lembaga Pengarah Syarikat atau Pertubuhan untuk membeli atau menjual tanah yang berkaitan.
  • Borang 24 dan 49 Akta Syarikat

Bayaran permohonan

  • Kebenaran Pindahmilik - RM 70.00
  • Kebenaran Menggadai - RM 70.00

Kuasa meluluskan permohonan kebenaran pindahmilik tanah

Perkara

Jenis Hakmilik

Kuasa Melulus

Pindahmilik daripada :

  • ibu bapa kepada anak dan sebaliknya
  • suami kepada isteri dan sebaliknya
  • antara adik-beradik seibu atau sebapa
  • individu Bumiputera kepada Bumiputera
  • Bukan Bumiputera kepada bukan Bumiputera
  • bukan ahli keluarga

Hakmilik Pendaftar

Hakmilik Pejabat Tanah

Pengarah Tanah dan Galian

Pentadbir Tanah

Selain dari yang tersebut di atas

Hakmilik Pendaftar

Hakmilik Pejabat Tanah

Menteri Besar

Kuasa meluluskan permohonan menggadai tanah

Perkara

Jenis Hakmilik

Kuasa Melulus

Hakmilik yang mempunyai sekatan kepentingan tidak boleh menggadai kecuali dengan kebenaran

Hakmilik Pendaftar

Hakmilik Pejabat Tanah

Pengarah Tanah dan Galian

Pentadbir Tanah

Semua permohonan perlu dikemukakan

  • Pengarah Tanah & Galian Negeri Perak - HakmilikPendaftar
  • Pentadbir Tanah - Hakmilik Pejabat Tanah

Peringatan

a) Sila semak permohonan anda berpandukan kepada senarai semakan yang terdapat di borang berkenaan.
b) Permohonan yang lengkap sahaja akan diproses
c) Tempoh kelulusan ialah satu tahun dari tarikh surat dikeluarkan.
d) Rayuan boleh dipertimbangkan:
- Untuk lanjutan tempoh kelulusan dengan bayaran RM 50.00 satu Hakmilik.
- Bagi kelulusan yang telah luput boleh memohon semula dengan bayaran RM 50.00 satu Hakmilik.
e) Salinan sah surat kelulusan kebenaran pindahmilik/menggadai dikenakan bayaran RM 30.00 bagi satu salinan

Seksyen 97 & 100 KTN