Majlis Penyerahan Motor Scrambler Penguatkuasa Kepada Pentadbir-Pentadbir Tanah Negeri Perak Darul Ridzuan pada 12 Disember 2012(Rabu)

Pantau Tanah Kerajaan Guna Motosikal Lasak

Buat pertama kalinya penguatkuasa Pentadbiran Tanah di negeri Perak akan mengunakan motorsikal lasak (scrambler) bagi menjalankan tugas pemantauan pencerobohan haram di negeri ini.

Pengarah Tanah dan Galian Negeri Perak, Datuk Syed Mokhtar Syed Iddris, berkata, kerajaan telah meluluskan pembelian 12 buah motosikal lasak jenis Kawasaki yang berkuasakuda 150 C.C.

Menurut beliau, dengan adanya motosikal itu, tugas penguatkuasaan seperti risikan ke atas tanah milik kerajaan, terutamanya di pedalaman, akan lebih mudah berbanding pengunaan kenderaan pacuan 4 roda sebelum ini.

€œPengunaan motosikal ini dapat memantau pencerobohan haram yang berlaku di Perak dengan lebih berkesan,€ katanya kepada media selepas majlis penyerahan motosikal itu kepada wakil pentadbir tanah seluruh negeri di Bangunan Sri Perak Ipoh, pagi ini.

Antara pentadbir tanah daerah yang menerima motosikal ini ialah Batang Padang, Manjung, Hilir Perak, Kampar, Kinta, Perak Tengah, Larut Matang Selama dan Kerian.