Sambutan KEMERDEKAAN ke 56 Diiringi Dengan Semangat Kontinjen Perbarisan PTG Perak

Sambutan KEMERDEKAAN ke 56 diringi bersama semangat Kontinjen Perbarisan PTG Perak sempena Sambutan Hari Kemerdekaan di Pekarangan Dewan Bandaran Ipoh Pada 31.8.2013 seawal 7 pagi bagi memeriahkan sambutan Hari Kemerdekaan ke 56

Petikan: Bernama

Sambutan Merdeka Serlah Semangat Patriotisme Semua Kaum Di Seluruh Negara

KUALA LUMPUR, 31 Ogos (Bernama) -- Sambutan ulang tahun kemerdekaan negara ke-56 di seluruh negara hari ini diadakan dengan penuh kemeriahan dengan semangat patriotisme tinggi oleh masyarakat berbilang kaum yang melambangkan kesatuan hati untuk mempertahankan kedaulatan negara.

Bertemakan "Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku", orang ramai membanjiri lokasi utama sambutan di seluruh negara seawal 6.30 pagi dengan Dataran Merdeka di sini sahaja mencecah hampir 200,000 rakyat pelbagai lapisan menyertai dan menyaksikan acara penuh bermakna itu.

Berlainan sebelum ini, acara perbarisan dan perarakan tahun ini dikaitkan dengan tema sambutan, yang memberi penghormatan kepada pengorbanan para pejuang menentang pencerobohan di Lahad Datu, Sabah yang mempertahankan kedaulatan negara.

Berkonsepkan Patriotik, Perpaduan dan Kedaulatan Negara, perarakan tahun ini bertujuan menunjukkan bahawa Malaysia adalah negara berdaulat dan rakyat sentiasa sedia mempertahankan kedaulatan negara daripada sebarang pencerobohan.

"Salam Merdeka"