TAKLIMAT BENGKEL KAJIAN DAN PINDAAN PENYEDIAN LAPORAN TANAH BAGI PENTADBIRAN TANAH NEGERI PERAK

BENGKEL KAJIAN DAN PINDAAN PENYEDIAAN LAPORAN-LAPORAN TANAH

BAGI PENTADBIRAN TANAH NEGERI PERAK

Bahagian Penguatkuasaan dan Teknikal Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Perak telah menganjurkan Bengkel Kajian Pindaan Penyediaan Laporan-laporan Tanah bagi Pentadbiran Tanah Negeri Perak pada 7 hingga 9 Mei 2012 bertempat di Hotel Seri Malaysia, Taiping. Seramai 39 orang peserta telah menghadiri bengkel tersebut yang terdiri daripada Ketua Penolong Pegawai Daerah, Penolong Pegawai Daerah dan juga Penolong Pegawai Tanah (NT27). Bengkel yang berlangsung selama 3 hari dua malam ini telah dirasmikan oleh Ketua Penolong Pengarah Tanah dan Galian,En. Mohamad Fariz bin Mohamad Hanip yang mana objektif utama bengkel ini adalah untuk menghasilkan laporan tanah yang seragam di kesemua Pentadbiran Tanah dan membuat penambahbaikan kepada laporan tanah sedia ada seiring dengan kemajuan ICT dan teknologi . Secara keseluruhan, bengkel ini berjalan lancar dan mencapai matlamat utamanya.