TUAN SHAHRUL AFFENDI BIN BAHARUDIN,
Pegawai Daerah Batang Padang
Pejabat Daerah dan Tanah Batang Padang
|
Saya bersyukur kerana Pejabat Daerah Dan Tanah Tapah dapat mewujudkan Laman Web untuk memudahkan orang ramai mendapatkan maklumat dan berurusan dengan pejabat ini.
Pejabat menyedari hakikat bahawa peranan pejabat ini sebagai penghubung antara rakyat dan kerajaan. Dalam melaksanakan tanggungjawab ini kakitangan pejabat ini disarankan mengembelingkan fikiran dan tenaga ke arah menghayati dan merealisasikan enam tata bidang pengurusan iaitu :
- Komitmen Kepada Tugas
- Memberikan Perkhidmatan Yang Berkualiti
- Ketelusan Dalam Tindakan
- Berfikiran Dan Bertindak Secara Pro Aktif
- Bekerja Secara Berpasukan
- Menuju Kecemerlangan
|
Perkhidmatan Awam di Malaysia telah memasuki Alaf Baru. Dengan kepesatan teknologi maklumat (IT) semua anggota perkhidmatan awam disarankan agar melengkapkan diri dengan kemahiran dan kepakaran yang perlu bagi memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan. Sehubungan dengan itu, pegawai dan kakitangan pejabat ini akan berusaha meningkatkan kemahiran dan kesungguhan untuk mencapai matlamat tersebut.
Dengan adanya laman web ini, orang ramai akan dapat mengenali Pejabat Daerah Dan Tanah Tapah dengan lebih dekat melalui paparan maklumat yang disediakan dan pihak kami bersedia menerima pandangan yang membina bagi meningkatkan perkhidmatan melalui laman ini.
Sekian, terima kasih.
|
TUAN SHAHRUL AFFENDI BIN BAHARUDIN,
Pegawai Daerah dan Tanah Batang Padang
|