Perak lantik Ikon Wakaf Tunai untuk Palestin - PDT Tapah
![]() |
Tel: 05 4011 963 Faks: 05 4013 588 |
![]() |
pdtbp[at]perak.gov.my |
PEJABAT DAERAH DAN TANAH BATANG PADANG
PERAK LANTIK IKON WAKAF TUNAI UNTUK PALESTIN
IPOH - Perak menjadi negeri pertama di Malaysia yang mengambil inisiatif melantik Ikon Wakaf Tunai dalam usaha mengumpul dana bagi membantu umat Islam di Palestin. Pengurus Aman Palestin Perak, Khairul Amin Ibrahim berkata pelantikan peserta Mimbar Pencetus Ummah, Mohd Zainuddin Mohamed Zaini atau PU Yeop adalah bagi membantu meningkatkan jualan sijil wakaf bernilai RM50 dan RM100 di seluruh negara, khususnya di negeri ini.
"Sijil wakaf adalah sebagai alternatif untuk orang ramai menyumbang kepada dana bagi pembangunan dan pemulihan semula Gaza yang musnah teruk selepas diserang oleh rejim acheter cialis sans ordonnance Zionis selama 51 hari, tahun lepas.
"Kita melancarkan sijil wakaf pada awal tahun ini di peringkat pusat dan menggerakkan penjualannya ke seluruh negara, namun bila melihat ia agak perlahan, kami mengambil inisiatif 'meletupkan' penjualan sijil wakaf dengan melantik PU Yeop sebagai ikon bagi menarik lebih ramai orang membelinya sebagai sumbangan dana untuk membolehkan kita membangunkan semula Gaza," katanya. Beliau berkata demikian pada majlis menandatangani MoU pelantikan Ikon Wakaf Tunai di sini hari ini.
Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Aman Palestin Perak, Shahruzzaman Bustamam pula berkata dana itu akan diguna untuk membaiki Masjid Imam As-Syafie, Masjid Al-Qassam dan Masjid Al-Aqsa di Gaza. Beliau berkata Aman Palestin meletakkan sasaran sebanyak RM300,000 bagi Perak dalam penjualan sijil wakaf itu sehingga akhir 2016, dan RM2 juta bagi seluruh Malaysia.
Sementara itu, PU Yeop yang gembira dan terharu dengan pelantikan beliau sebagai Ikon Wakaf Tunai, berjanji untuk mempromosi sijil wakaf berkenaan dalam setiap ceramahnya. "Mudah-mudahan dengan cara ini kita dapat membantu saudara-saudara kita di Palestin dan berwakaf adalah satu daripada perniagaan dengan Allah yang paling efisien kerana apa yang kita sumbangkan akan dibalas (dengan pahala dan ganjaran rezeki) berlipat kali ganda," katanya.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi talian 05-3115 031 dan 019-5745 334 atau layari laman sesawang www.amanpalestinperak@yahoo.com. - Bernama
PERKHIDMATAN
PERKHIDMATAN
PAUTAN PANTAS