Aktiviti korek pasir mencurigakan - PDT Tapah
![]() |
Tel: 05 4011 963 Faks: 05 4013 588 |
![]() |
pdtbp[at]perak.gov.my |
PEJABAT DAERAH DAN TANAH BATANG PADANG
AKTIVITI KOREK PASIR MENCURIGAKAN
Kerja-kerja mengorek pasir di Sungai Pinji, bersebelahan Taman Desa Pengkalan Bandaraya yang menimbulkan keraguan dalam kalangan penduduk IPOH - Aktiviti mengorek pasir di Sungai Pinji bersebelahan Taman Desa Pengkalan Bandaraya, di sini bukan sahaja meragukan malah didakwa dilakukan secara tidak sah. Difahamkan, tanah berkenaan adalah milik persendirian dan namun tujuan pasir dikorek di situ tidak diketahui.
Tinjauan Sinar Harian bersama Ketua Kampung Pengkalan Pegoh, Ahmad Hamdi Hassan ke kawasan terbabit hasil maklumat bagaimanapun mendapati aktiviti tersebut dihentikan. Ahmad Hamdi berkata, serbuan ke kawasan terlibat dilakukan susulan aduan penduduk kampung. “Saya terima aduan daripada penduduk kampung di sini yang mendakwa mereka curiga dengan aktiviti itu. “Jadi, saya turun bagi memeriksa sama ada aktiviti tersebut sah atau haram,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini.
Beliau berkata, pemeriksaan di kawasan berkenaan mendapati tiada sebarang papan tanda mengenai kerja-kerja dilakukan diletakkan di situ. “Saya dimaklumkan kerja-kerja mengorek sudah dilakukan lebih dari seminggu lalu. Saya tak tahu apa tujuan mereka korek pasir sungai itu, sama ada nak guna atau jual, saya tak tahu," katanya. Ahmad Hamdi berkata, beliau mahu aktiviti terbabit dihentikan dan perkara itu akan dibawa kepada pengetahuan pihak berkuasa supaya tindakan tegas dapat diambil sekiranya ia menyalahi undang-undang. “Banyak kesan tidak baik berlaku kepada alam sekitar. Air sungai menjadi sangat keruh dan deras. Ini boleh menyebabkan banjir. “Saya harap pihak berkuasa buat pemantauan berkala bagi memastikan aktiviti korek pasir ini tidak jejas alam sekitar dan ekosistem,” katanya.
PERKHIDMATAN
PERKHIDMATAN
PAUTAN PANTAS