Visi, Misi dan Objektif Jabatan - PDT Taiping
Top Header Taiping Content ms
![]() |
Tel: 05 829 8100 Faks: 05 807 9929 |
![]() |
do_taiping[at]perak.gov.my |
HOME
PEJABAT DAERAH DAN TANAH LARUT, MATANG DAN SELAMA
Menu Taiping 3rd Level Content ms
MENU UTAMA
- UTAMA
- PROFIL ORGANISASI
- WARGA JABATAN
- WARGA AWAM
- HUBUNGI KAMI
- INFORMASI PEJABAT DAERAH DAN TANAH
Breadcrumb
Misi, Visi dan Objektif Jabatan taiping content
VISI JABATAN
Kecemerlangan sesebuah organisasi bergantung kepada wujudnya wawasan dan visi yang jelas dan dikongsi bersama (shared vision) oleh seluruh anggota organisasi. Faktor ini memudahkan anggota bekerjasama serta mengelakkan kemungkinan konflik yang boleh merugikan jabatan. Berdasarkan falsafah ini, pentadbiran daerah telah menggubal wawasan dan visi bagi menentukan arah tujuan serta corak operasi pejabat untuk mencapai kecemerlangan dalam perkhidmatan yang diberi iaitu :
“Menjadikan Pejabat Daerah Larut Matang Dan Selama sebuah pejabat yang terunggul di negeri Perak Darul Ridzuan dan diantara yang terbaik di Malaysia selaras dengan kehendak dasar Kerajan”.
MISI JABATAN
Meningkatkan produktiviti kualiti perkhidmatan bagi memuaskan kehendak pelanggan. Merancang pembangunan daerah ke arah mencapai matlamat Dasar Pembangunan Nasional. Berusaha meningkatkan sumber sumber hasil negeri ke tahap yang optimum. Membangunkan potensi sumber manusia di kedua-dua sektor awam dan masyarakat keseluruhannya. Mewujudkan suasana persekitaran kerja yang harmoni, selesa dan indah.
OBJEKTIF JABATAN
Objektif dalam sesebuah organisasi amatlah penting dalam menentukan matlamat utama penubuhannya organisasi tersebut. Pembentukan objektif organisasi yang baik dapat memastikan penubuhan organisasi tersebut dapat dijalankan dengan lebih efisien dan bermotif.
Bagi pejabat Daerah Larut, Matang dan Selama pula, ianya telah menetapkan 5 objektif utama secara keseluruhan bagi setiap unit dalam organisasi ini. Ianya bermotifkan bagi mewujudkan kepuasan yang maksimum kepada pelanggan di samping menjaga hak asasi mereka.
Objektif-objektif tersebut adalah seperti berikut :
-
Mentadbir dan menguatkuasa undang-undang Tanah Negara dan peraturan-peraturan Tanah Negeri.
-
Menjalankan dan menguatkuasa pungutan pelbagai hasil Tanah, Cukai, Lesen dan lain-lain.
-
Merancang dan melaksanakan program-program pembangunan sosio-ekonomi daerah.
-
Menyelaraskan aktiviti-aktiviti penbangunan jabatan-jabatan selaras dengan pembangunan.
-
Menjaga ketenteraman awan dan muhibbah di peringkat daerah.
floating menu taiping content v1 ms
PERKHIDMATAN
PERKHIDMATAN