Top Header Taiping Content ms

p

Tel: 05 829 8100
Faks: 05 807 9929

e
HOME

PORTAL RASMI

PEJABAT DAERAH DAN TANAH LARUT, MATANG DAN SELAMA

Menu Taiping 3rd Level Content ms

Seminar penyelenggaraan portal

SEMINAR PENYELENGGARAAN PORTAL

Selamat Datang

Bersyukur kehadrat Allah S.W.T dengan izinnya dapat kita bersama di Portal Rasmi Pejabat Daerah dan Tanah Larut, Matang, dan Selama. Sesungguhnya kita sedang menghadapi era internet yang bersifat global dan berupaya mengubah kehidupan manusia masa kini. Kami juga tidak mahu ketinggalan dalam arus Teknologi Maklumat atau Information Technology (IT).

 

Dengan wujudnya Portal Pejabat Daerah dan Tanah Larut, Matang dan Selama, penggunaan laluan internet ini akan dapat meningkatkan lagi keberkesanan berkomunikasi antara jabatan-jabatan Kerajaan di daerah dan negeri ini serta dengan orang ramai.

 

Segala usaha dan tindakan yang dijalankan dalam melaksanakan program IT adalah bertepatan dengan hasrat Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak Darul Ridzuan yang mahu seluruh rakyat diperkayakan dengan maklumat semasa tentang kemajuan negeri ini. Melalui penggunaan maklumat dan ilmu, kita boleh meningkatkan produktiviti dan kualiti perkhidmatan. Teknologi komputer dan Multimedia boleh membantu kita dalam menjalankan tugas-tugas dengan lebih produktif dan berkesan lagi.  


Perubahan tetap akan berlaku sama ada kita mahu atau tidak, walaupun perubahan yang perlu dilakukan adalah lebih sukar akan tetapi ianya bukanlah diluar kemampuan kita. Kita perlu mempunyai sikap terbuka kepada perubahan yang dibawa oleh arus teknologi moden. Akhirnya kita mesti berupaya menggunakan teknologi sebagai saluran untuk memperbaiki kerja dan kualiti hidup.

 

Insya-Allah kita akan Berjaya.

 

Saya bagi pihak seluruh anggota dibawah pentadbiran Pejabat Daerah dan Tanah Larut, Matang dan Selama merakamkan berbanyak-banyak terima kasih diatas segala usaha dan pengorbanan semua pihak yang terlibat dalam membina laman ini. Kepada pengunjung laman ini diucapkan ribuan terima kasih diatas kesudian kalian melayarinya bagi mendapatkan informasi terkini di daerah kami.

 

Selamat melayari laman Pejabat Daerah dan Tanah Larut Matang dan Selama Taiping.

Sekian, Terima Kasih.

 

"Merintis Kegemilangan Perkhidmatan"

 

MOHAMED AKMAL BIN DAHALAN

 

Pegawai Daerah Larut Matang Dan Selama.

 

NAMA JAWATAN EMEL
Abu Gabenor test1@liferay.com
Ali Gabenor2 test2@liferay.com

 

 



Footer ms