Top Header Taiping Content ms

p

Tel: 05 829 8100
Faks: 05 807 9929

e
HOME

PEJABAT DAERAH DAN TANAH LARUT, MATANG DAN SELAMA

Menu Taiping 3rd Level Content ms

Breadcrumb

Sekitar Majlis Berbuka Puasa Bersama D.Y.A.M. Raja Muda Perak Darul Ridzuan

SEKITAR MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA D.Y.A.M RAJA MUDA PERAK DARUL RIDZUAN


Majlis Berbuka Puasa Bersama Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan, Raja Jaafar Ibni Almarhum Raja Muda Musa telah diadakan pada 12 Jun 2016 bersamaan 7 Ramadhan 1437 Hijrah (Ahad) bertempat di Masjid As-Syakirin, Kampung Rancangan Belia Khas, Kubu Gajah, Selama, Perak Darul Ridzuan. Turut hadir adalah Y.B. Dato' Dr. Hj. Muhamad Amin Zakaria mewakili Y.A.B. Menteri Besar Perak untuk mengiringi D.Y.T.M. Tuanku. Juga turut hadir ialah Pegawai Kewangan Negeri, Pengarah UPEN, Y.B. ADUN Selama, Y.B. ADUN Kubu Gajah, Pegawai Daerah Larut Matang & Selama, OBJ Larut Matang dan Selama, Ketua-Ketua Jabatan Daerah Larut Matang dan Selama dan penduduk Kampung Rancangan Belia Khas Pondok Tanjung. D.Y.T.M Tuanku turut solat berjemaah Maghrib, Isyak dan solat sunat Tarawikh. Majlis berakhir kira-kira jam 11.00 malam.



floating menu taiping content v1 ms

 

Footer ms