Top Header Taiping Content ms

p

Tel: 05 829 8100
Faks: 05 807 9929

e
HOME

PEJABAT DAERAH DAN TANAH LARUT, MATANG DAN SELAMA

Menu Taiping 3rd Level Content ms

Breadcrumb

Sambutan Hari Kebangsaan Tahun 2016 Peringkat Daerah Larut, Matang dan Selama

SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN TAHUN 2016 PERINGKAT DAERAH LARUT, MATANG DAN SELAMA


3 September 2016: Sambutan Hari Kebangsaan Tahun 2016 Peringkat Daerah Larut, Matang dan Selama telah diadakan bertempat di Padang Esplanade Taiping, Perak. Program bermula seawal jam 6.30 pagi dengan pendaftaran peserta perbarisan sebanyak 48 kontinjen termasuk pasukan pancaragam dan perarakan kenderaan.

Turut diadakan pada majlis tersebut ialah acara Deklamasi Sajak Kemerdekaan, Persembahan Koir oleh guru-guru daerah Larut Matang & Selama, Persembahan Seni Mempertahankan Diri (Silat, Taek Kwan-Do, Wushu & Muay Thai) dan Persembahan Angklung.

Amanat Kemerdekaan telah disampaikan oleh Tuan Kamaruddin Bin Awang, Pegawai Daerah Larut Matang & Selama. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Y.A.Bhg Orang Kaya Menteri Paduka Tuan, Tuan Haji Wan Mohd Isa Bin Dato' Haji Wan Mohd Razali Orang Besar jajahan Larut Matang & Selama, Y.B. ADUN Kamunting, Y.B. ADUN Selama, Y.B. ADUN Kubu Gajah dan Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Daerah Larut Matang dan Selama.



floating menu taiping content v1 ms

 

Footer ms