Top Header Taiping Content ms

p

Tel: 05 829 8100
Faks: 05 807 9929

e
HOME

PEJABAT DAERAH DAN TANAH LARUT, MATANG DAN SELAMA

Menu Taiping 3rd Level Content ms

Piagam Pelanggan taiping content

PIAGAM PELANGGAN


BAHAGIAN PENGURUSAN DAERAH

  1. Memberi maklumbalas untuk setiap aduan yang diterima dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja
  2. Memproses permohonan dan mengeluarkan lesen minuman yang memabukkan dalam tempoh enam (6) bulan selepas permohonan lengkap diterima serta mendapat ulasan dari Jabatan Teknikal
  3. Memproses permohonan dan mengeluarkan lesen hiburan awam dalam tempoh satu (1) bulan selepas permohonan lengkap diterima serta mendapat ulasan dari Jabatan Teknikal
  4. Menyediakan baucar bayaran perkhidmatan dan bekalan dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh bil diterima dari pihak pembekal

 

BAHAGIAN PEMBANGUNAN DAERAH

  1. Memberi maklum balas untuk setiap aduan yang dikemukakan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja daripada tarikh penerimaan surat

  2. Melaksanakan projek-projek yang telah diluluskan dalam tempoh tiga (3) bulan selepas waran peruntukan arahan pelaksanaan kerja diterima

  3. Melaksanakan pembayaran kepada pembekal atau kontraktor dalam tempoh sepuluh (10) hari bekerja setelah menerima dokumen tuntutan bayaran yang lengkap

  4. Membuat siasatan dan semakan terhadap peserta e-Kasih pada setiap bulan

  5. Memastikan setiap peserta E-Kasih yang layak menerima sekurang-kurangnya satu (1) bentuk bantuan

 

BAHAGIAN TANAH

  1. Memastikan setiap permohonan tanah diproses dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh permohonan diterima sehingga kertas MMK dihantar ke PTG

  2. Memastikan kebenaran gadaian dan pindah milik diberi perakuan / kelulusan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja

  3. Memastikan semua instrument urusniaga dan bukan urusniaga yang didapati lengkap,sempurna dan teratur didaftarkan dalam tempoh 24 jam hari bekerja

  4. Menyelesaikan semua permohonan pesaka kecil yang teratur dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh penerimaan borang permohonan

  5. Memastikan permohonan pembangunan tanah yang lengkap dan memenuhi syarat-syarat diproses dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh permohonan diterima sehingga kelulusan oleh Pentadbir Tanah diperolehi atau  kertas MMK dihantar ke PTG

 


floating menu taiping content v1 ms

 

Footer ms