Top Header Taiping Content ms

p

Tel: 05 829 8100
Faks: 05 807 9929

e
HOME

PEJABAT DAERAH DAN TANAH LARUT, MATANG DAN SELAMA

Menu Taiping 3rd Level Content ms

Breadcrumb

Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2016 Peringkat Negeri Perak

PELANCARAN BULAN KEBANGSAAN DAN KIBAR JALUR GEMILANG 2016 PERINGKAT NEGERI PERAK


13 Ogos 2016 : Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2016 Peringkat Negeri Perak telah diadakan bertempat di Dataran Warisan, Taiping. Program ini bermula seawal jam 10.30 pagi dimana pameran oleh agensi kerajaan dan swasta diikuti dengan pertandingan mewarna bagi kanak-kanak pada sebelah petang. Majlis Pelancaran pula bermula pada jam 9.00 malam dimana ianya telah disempurnakan oleh wakil Y.A.B. Menteri Besar Perak iaitu Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pertanian, Perladangan, Penerangan dan Pembangunan Modal Insan, Datuk Saarani Mohamad. Hadir sama, Exco Kerajaan Negeri merangkap ADUN Batu Kurau, Datuk Dr Mohammad Amin Zakaria, Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Ghazali Jalal dan wakil bagi Pegawai Daerah Larut Matang dan Selama, Encik Mohd Ikram bin Ahmad.

Terdahulu dalam majlis yang sama, 80 kenderaan pelbagai jabatan dan agensi kerajaan serta kelab Proton Waja dan Perodua Kancil menyertai Konvoi Pengedaran Jalur Gemilang di hadapan Dataran Warisan Taiping. Konvoi sejauh 17.4 kilometer itu bermula di dataran berkenaan dan berakhir di Padang Esplanade di sini. Program tersebut akan diteruskan di beberapa zon daerah selepas ini dan akan berakhir di Bagan Datoh.



floating menu taiping content v1 ms

 

Footer ms