Top Header Taiping Content ms

p

Tel: 05 829 8100
Faks: 05 807 9929

e
HOME

PEJABAT DAERAH DAN TANAH LARUT, MATANG DAN SELAMA

Menu Taiping 3rd Level Content ms

Breadcrumb

Mukim Sungai Tinggi

PENTADBIRAN MUKIM


 

SEJARAH PENTADBIRAN MUKIM SUNGAI TINGGI

           Mengikut sejarah yang diceritakan oleh orang tua-tua nama kampung Sungai Tinggi diberikan oleh penduduk asal yang membuka perkampungan tersebut. Dikatakan oleh penduduk sekitar tersebut kawasan berhampiran sebatang sungai yang mempunyai tebing yang sangat tinggi dan curam berbanding dengan tebing-tebing sungai yang lain. Kawasan tersebut masih dapat dilihat iaitu di kawasan tebing sungai Kampung Kelubong. Di zaman penjajah dahulu, Kampung Sungai Tinggi sangat terkenal sebagai sebuah pelabuhan dimana aktiviti memungut cukai juga berpengkalan di kampung tersebut. Sebuah rumah rehat juga pernah didirikan oleh pihak British di Kampung Sungai Tinggi untuk digunakan sebagai tempat bermalam oleh Pegawai British yang datang memungut cukai. Di atas tapak bekas rumah rehat tersebut kini telah didirikan sebuah Dewan Orang Ramai yang kini dikenali sebagai Dewan Orang Ramai Kampung Sungai Tinggi.

       Pejabat Penghulu mula beroperasi pada tahun 1926 di Kampung Sungai Tinggi dan kemudian berpindah ke Kampung Padang Gajah pada tahun 1932 sehingga kini.Kampung Padang Gajah merupakan sebuah perkampungan di dalam Mukim Sungai Tinggi yang berada di laluan jalan Taiping Bruas. Pertumbuhan kampung dan penduduk di sesuatu tempat bergantu kepada sosio ekonomi setempat. Kewujudan Pejabat Penghulu Padang Gajah adalah berdasarkan keramaian penduduk dengan adanya beberapa Ladang Getah disekitar selepas perang dunia pertama.

      Pembinaan Pejabat Penghulu Padang Gajah pada tahun 1932 adalah dianggap strategik pada masa itu apabila terdapat ramai penduduk yang tinggal di sekitar dengan bekerja di ladang getah dan perlombongan. Hari ini jalan Padang Gajah tidaklah sesibuk seperti dahulu kerana pertambahan penduduk lebih tertumpu di jalan pesisir pantai iaitu jalan Temelok Pantai Remis. Walaubagaimanapun, fungsi Pejabat Penghulu Padang Gajah masih relevan kerana ia mencakupi kawasan satu mukim.

        Pada masa kini Pejabat Penghulu Padang Gajah telah bertukar nama sempena dengan nama satu mukim iaitu Pejabat Penghulu Mukim Sungai Tinggi. Pentadbiran Penghulu Mukim Sungai Tinggi kini diuruskan oleh seorang Penghulu dibawah pentadbiran Pejabat Tanah dan Daerah Larut Matang dan Selama serta seorang kerani.Terdapat 7 buah Kampung Induk yang dipengerusikan oleh Ketua Kampung dibawah Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung.

 

PECAHAN KAMPUNG

Terdapat 7 buah kampung induk serta rangkaian kampung kecil seperti berikut:

Bil

Kampung Induk

Kampung Rangkaian

1.

Kg.Sg.Nyior

Kg.Sg.Nyior

2.

Kg.Padang Gajah

Kg.Air Terjun

3.

Kg.Sg.Tinggi

Kg.Baru, Ulu Sg.Tinggi

4.

Kg.Sg.Tinggi

Kg.Kelubung

5.

Kg.Permatang Raja

Matang Kamunting

6.

Tenaga setia

Kg.Tebuk

7.

Kg.Batu Hampar Dalam

Pdg.Serai Dalam

8.

Kg.Berjaya

Kg.Selamat

9.

Kg.Sg.Che Rahmat

Sg.Keluang

10.

Pasir Hitam

Pengkalan Sg.Kerang

11.

Kg.Matang Merbau

Kg.Matang Merbau

12.

Kg.Matang Merbau

Kg.Matang Kerian

 

ZULFADLI BIN AHMAD - NP29 PENGHULU

05-8544972

 

Footer ms