Top Header Taiping Content ms

p

Tel: 05 829 8100
Faks: 05 807 9929

e
HOME

PORTAL RASMI

PEJABAT DAERAH DAN TANAH LARUT, MATANG DAN SELAMA

Menu Taiping 3rd Level Content ms

Mukim Matang MS

MUKIM MATANG


 

Sejarah Mukim

Nama Matang ini adalah ringkasan kepada Permatang yang banyak dibina oleh penduduk terdahulu bagi menyekat arus air ke sawah dan akhirnya Permatang disingkatkan kepada Matang sahaja. Ekonomi awal Mukim Matang adalah Tanaman Sawah Padi, Tanaman Tebu, Kopi dan hasil hutan seperti Damar dan Rotan. Kemudiannya apabila Long Jaafar membuka lombong bijih timah di sekitar Larut khususnya di Klian Pauh.

Setelah kematian Long Jaafar usahanya diteruskan oleh anaknya Ngah Ibrahim. Kediaman beliau di Matang dijadikan sebagai gudang menyimpan bijih timah, hasil tanaman dan hutan. Manakala di bahagian belakang rumahnya dibina sebagai sebuah pelabuhan yang dikenali sebagai Pelabuhan Melawati yang berperanan sebagai kemudahan pengkalan untuk membawa keluar masuk segala hasil dan input pertanian serta pusat pemasaran bijih timah ke luar melalui Pelabuhan Melawati ke Selat Melaka seterusnya ke London.

 

SEJARAH PENUBUHAN

Ditubuhkan pada tahun 1860 oleh Ngah Ibrahim bin Long Jaafar yang kemudiannya dipanggil Orang Kaya Menteri Paduka Tuan (Tengku Menteri) yang merupakan pembesar Larut ketika itu. Asalnya beliau ialah seorang pengusaha sektor pertanian yang kemudiannya beralih kepada pelombong bijih timah di sekitar larut. Kekayaan yang dimiliki oleh beliau hasil usahanya telah digunakan untuk membangunkan Larut khususnya di Matang.

Antara yang dibina ialah Masjid Tengku Menteri, Jalan Keretapi pertama Taiping ke Kuala Sepetang,Pelabuhan Melawati serta lain-lain kemudahan. Malah kediaman beliau sendiri di jadikan sebagai pusat pentadbiran yang terawal di daerah ini dimana kemudiannya dibawa ke Taiping oleh pihak Inggeris ketika itu. Kediaman Ngah Ibrahim kemudiannya dijadikan Kompleks Sejarah Matang pada tahun 1985 yang berdiri megah hingga sekarang.

 

 

Penduduk Mukim

Senarai Nama Penghulu Mukim

300,000 Orang

EN SHAHARUDDIN BIN HARUN

57% Melayu

EN AHMAD LATIPHI BIN HISHIM

32% Cina

EN ZULKHALIL BIN MOHD RAFIEE

11% India

EN MUHAIMIN ABD RASHID

 

EN ABDUL BARRI BIN MOHD YUSOF

 

EN ZAMRI BIN ARIFFIN

 

EN RUSLI BIN ABU MUHSIN

 

EN NASARUDDIN BIN MAWI ( 05-8477991 ) -sekarang

 

 

SENARAI KAMPUNG UTAMA DAN KAMPUNG RANGKAIAN MUKIM MATANG

Kampung Menteri

Kampung Jebong Kiri

Kampung Simpang

Kampung Matang Road

Pekan Kuala Sepetang

Kampung Changkat Kiri

Kampung Sungai Mati

Kampung Tebok

Kampung Baru Cina

Kampung Tebing Tinggi

Ladang Laurdadale

Kampung Batu Matang

Kampung Seberang

Kampung Jalan Telok Kertang

Kampung Batu 5

Kampung Perak

Kampung Tepi Sungai Menangis

Kampung Bagan Senangin

Kampung 20

Kampung Padang Besar

Kampung Bagan Sangga

Kampung Jebong Lama

Kampung Baru Jalan Jaha

 

Kampung Hujong Matang

Kampung Batu 6

Kampung Batu Tegoh

Kampung Matang Gelugor

Kampung Sungai Lang

Kampung Batu 7

Kampung Jebong Lama

Kampung Matang Pasir

Kampung Telok Kertang

Kampong Dusun Madinah

Kampung Belakang Pejabat Pos

Kampung Simpang Halt

Kampung Sungai Retaka

Kampung Jalan Telok Kertang

Kampung Jelapang Jaya

Kampung Batu 8

Kampung Matang Jambu

Kampung Bagan Senangin

Taman Putra Jaya

Kampung Changkat Ning

Pekan Matang

Kampung Jebong Lama

Kampung Sendok

Kampung Melawati

Kampung Jebong Lama

Taman Sri Larut

 

Kampung Batu 9

Kampung Setia

Kampung Batu 10

Kampung Dew

Kampung Sungai Limau

Kampung Simpang Halt

Kampung Kepala Bukit

Taman Berkat

Kampung Kepala Bukit

Taman Jebong Ama

 

 

Footer ms