Mukim Bukit Gantang - PDT Taiping
Top Header Taiping Content ms
![]() |
Tel: 05 829 8100 Faks: 05 807 9929 |
![]() |
do_taiping[at]perak.gov.my |
HOME
PEJABAT DAERAH DAN TANAH LARUT, MATANG DAN SELAMA
Menu Taiping 3rd Level Content ms
MENU UTAMA
- UTAMA
- PROFIL ORGANISASI
- WARGA JABATAN
- WARGA AWAM
- HUBUNGI KAMI
- INFORMASI PEJABAT DAERAH DAN TANAH
Breadcrumb
Mukim Bukit Gantang
MUKIM BUKIT GANTANG
Bukit Gantang merupakan Mukim dalam Daerah Taiping Negeri Perak Darul Ridzuan. Mukim Bukit Gantang terletak di bawah pentadbiran Larut Matang dan Selama. Mukim ini terletak bersempadan dengan mukim Kampung Buaya, daerah Kuala Kangsar yang memisahkan dengan sebuah bukit yang dikenali sebagai Bukit Berapit. Terletak pada koordinat 4’ 47’ 0” Utara, 100’ 46’ 0” Timur. Kampung Bukit Gantang berhampiran Lebuhraya Utara Selatan, berdekatan dengan Changkat Jering, Kampung Cheh, Matang, Padang Rengas, Kuala Sepetang dan lain-lain.
Nama Gantang diambil daripada nama bukit, ditemui sejenis alat yang dinamakan gantang. Gantang ialah sejenis alat untuk mengukur jumlah beras atau padi. Bentuknya seperti bentuk tong susu tepung Nestle yang bersaiz 2 kilo. Saiz yang lebih kecil ialah cupak. 4 cupak bersamaan 1 gantang. Kawasan ini merupakan kawasan pertanian khususnya padi sawah, getah, kelapa sawit dan buah-buahan. Bukit Gantang mendapat julukan ‘Tropical Fruit Village’. Hampir keseluruhan penduduknya terdiri daripada orang Melayu.
SEJARAH AWAL BUKIT GANTANG
Satu ketika dahulu, Bukit Gantang pernah dijadikan sebagai pusat pentadbiran Jajahan Larut oleh Long Jaafar setelah dilantik sebagai ketua daerah Larut melalui perlantikan oleh ayahandanya Syed Alang Alauddin ibni Sultan Mudzaffar Syah III, Maharaja Benua Islam Siam Kedah pada tahun 1856. Syed Alang Alauddin juga bergelar Panglima Bukit Gantang.
Long Jaafar telah mendirikan sebuah kubu pertahanan di Pekan Bukit Gantang bagi menangkis serangan dari Thai dan Kedah semasa zaman pertengahan dahulu. Kota ini juga telah menyaksikan peperangan antara Thai dan Kedah terhadap Kerajaan Negeri Perak dan menyaksikan pertahanan utara negeri Perak jatuh kepada Thai dan Kedah yang mengakibatkan angkatan perang Perak terpaksa berundur ke Kuala Kangsar sebelum perjanjian damai antara Thai dan Perak ditandatangani.
KAMPUNG-KAMPUNG SEKITAR BUKIT GANTANG
-
Kampung Bukit Gantang
-
Kampung Seberang Ampang
-
Kampung Pauh.
-
Kampung Senduk
-
Kampung Cheh
-
Kampung Cheh Ulu
-
Kampung Changkat Ibol
-
Kampung Berchat
-
Kampung Banggol Rendang
-
Kampung Kubu
-
Kampung Chengal Jantan
-
Kampung Jelutong
-
Kampung Sungai Petai
-
Kampung Tengah
-
Kampung Dusun Batak
MUSTAFA KAMAL BIN ZAHARI - NP29 PENGHULU