Top Header Taiping Content ms

p

Tel: 05 829 8100
Faks: 05 807 9929

e
HOME

PEJABAT DAERAH DAN TANAH LARUT, MATANG DAN SELAMA

Menu Taiping 3rd Level Content ms

Breadcrumb

Mukim Batu Kurau

MUKIM BATU KURAU


 

       Batu Kurau merupakan salah sebuah Mukim di Daerah Larut Matang yang terletak kira-kira 20km dari Bandar Taiping. Batu Kurau boleh dilawati dengan melalui jalan besar dari Kamunting ke Batu Kurau atau dari Selama melalui Jalan Redang Panjang atau Jalan Pondok Tanjung ke Batu Kurau. Dari sudut sejarah, Batu Kurau telah dibuka sejak tahun 1850-an lagi, apabila pemimpin Batu Kurau yang pertama iaitu Tok Amar Wan Kasa Bin Raja Hulubalang Petani telah dilantik menjadi penghulu pada tahun 1859-1857.

       Dalam hal ini didapati sejarah kewujudan Mukim Batu Kurau adalah sezaman dengan sejarah pembukaan dan kemajuan Bandar Taiping pada tahun 1850-1857 semasa Long Jaafar menjadi pembesar di jajahan Larut (Taiping). Menurut orang tua-tua asal-usul nama Batu Kurau diambil sempena daripada seketul batu besar yang menyerupai ikan kurau yang terletak di tebing sungai kurau (berhampiran jambatan jalanraya Kampung Batu 14). Sungai ini berpunca daripada beberapa batang anak sungai dari Kampung Sempeneh, Anak Kurau, Changkat Lobak hingga ke Kampung Pondok Tanjung, seterusnya mengalir ke Bukit Merah dan masuk muara di Kuala Kurau, Daerah Kerian.

      Selain itu, antara orang yang terkenal ialah Ustaz Kazim Elias Al-Hafis yang lebih dikenali dengan gelaran Uke. Penduduk di Batu Kurau kebanyakkan terdiri daripada orang Melayu keturunan Petani yang mempunyai pertalian darah dengan pendudukan wilayah Pattani, Selatan Thai. Sememangnya orang Petani suka memilih tempat yang strategi untuk membuka kampung sesuai dengan cara hidup mereka yang bercucuk tanam dan menternak haiwan.

       Mereka suka tinggal di kawasan kaki bukit yang mempunyai lata sungai yang jernih airnya serta kawasan tanah pamah yang berpaya untuk menanam padi. Kawasan kaki bukit memang sesuai untuk tanaman pokok buah-buahan seperti durian, langsat, mangis, cempedak, dan sebagainya: sementara lata yang mengalir ke sungai-sungai dapat membekalkan air ke sawah padi. Justeru, kehidupan orang petani yang begitu simbiosis dengan faktor alam semula jadi ini telah menjadi satu nostalgia sebagai mana dengan serangkap lagu lama orang Petani seperti di bawah:

"Ayun pak pek pak pong Gulai asam pedas, Pakai baju tampung , Lenggang bagai duras, Duras buaya kampung, Hilir-hilir mudik, Mana kampung kita , Balik sana bukit

       Justeru, walaupun dimana jua di negara ini, jika kita melihat permandangan topografi seperti ini sudah pasti penduduknya terdiri daripada orang-orang petani. Sebagai contoh di negeri Perak orang petani juga tinggal Ijok , Selama, Bukit Gantang, Air Kuning, Lenggong, Grik, dan Pangkalan Hulu; sementara di Kedah pula di Baling dan juga Sik. Nama-nama tokoh besar yang lahir dari Batu Kurau ialah seperti Allahyarham Dato’ Seri Hj. Kamaruddin b. Mat Isa mantan Menteri Besar Perak yang kelima (1970-1974) yang berasal dari kampung Batu 16. Selain itu, Allahyarham Tuan Hj. Muhammad Saman B. Muhammad yang lebih dikenali sebagai Hj. Mat Saman Kati (1922-1995) berasal dari kampung Relau Berdiri, Batu16; merupakan seorang ulama terkenal dan pernah dilantik sebagai Mufti negeri Perak dari tahun 1978-1986.

SENARAI NAMA PENGHULU BATU KURAU

  • Tok Amar Wan Kasa B. Raja Hulubalang Petani (1859-1867)

  • Wan Musa B. Tok Amar Wan Kasa (1868-1881)

  • Tok Semanggik B. Wan Musa (1882-1887

  • Wan Teh Safiah Bt.Wan Ismail (1888-1889) * satu-satunya Penghulu kaum wanita

  • Mohd. Ali B. Tok Amar Wan Kasa (1890-1895)

  • Hj. Mohd. Noh B. Laksamana Mohd. Amin (1898-1901)

  • Hj.Mohd. Saman B. Hj. Mohd. Amin (1898-1901)

  • Raja Chik Abd. Hamid B. Raja Hj. Yahaya; Tok Muda Imam Paduka Tuan (1902-1904)

  • >Raja Hj. Yahaya B. Raja Syed Mohd. Ali (1905-1907)

  • Raja Shahbuddin. B. Raja Dagang; Tok Seri Rakna(1908-1910)

  • Hj. Abdullah Ali B. Retam; Tok Perdana (1911-1913)

  • Mohd. Sulaiman B. Salleh (1914-1919)

  • >Mohd. Sajak B. Pandak; Tok Rakna Sakti (1920-1930)

  • Pandak Abd. Karim B. Doya ;Tok Rakna Bongsu (1931-1936)

  • >Mat Piah B. Abdullah (1937-1946)

  • Hj. Wan Abd. Manan B. Hj. Wan Abu Bakar (1947-1953)

  • Raja Sulaiman B. Raja Abdullah (1954-1960)

  • Meor Mohd. Yusoff B. Hj. Meor Hamzah (1961-1962)

  • Raja Ismail B. Raja Ahmad Tahjuddin (1963-1969)

  • Megat Amir B. Megat Yahia (1969-1971)

  • Wan Abdullah B. Wan Im (1972-1974)

  • Abd. Aziz B. Hj. Rafie (1975-1979)

  • Zolkapli B. Adnan (1980-1987)

  • Hj. Tun Yaacob B. Hj. Tun Abd. Raffar (1988-1993)

  • Zolkapli B. Adnan (1994-2006)

  • Zulkhalil B. Hj. Ahmad Razali (2007)

SENARAI KAMPUNG DI BATU KURAU

  • Kampung Batu 14

  • Kampung Padang Lalang

  • Kampung Batu 15

  • Kampung Sungai Akar

  • Kampung Batu 16

  • Kampung Cherok Pelanduk

  • Kampung Batu 20

  • Kampung Changkat Mesjid

  • Kampung Pantai Besar Ulu

  • Kampung Changkat Madrasah

  • Kampung Perak

  • Kampung Sungai Ara

  • Kampung Becah

  • Kampung Gudang

  • Kampung Simpang Empat

  • Kampung Relang

  • Kampung Simpang Empat Tengah

  • Kampung Jelai

  • Kampung Anak Kurau Sebarang

  • Kampung Air Hitam

  • Kampung Sempeneh Seberang

  • Kampung Pondok Quin

  • Kampung Bukit Bertam

  • Kampung Titi Kasai Tengah

  • Kampung Changkat Perah

  • Kampung Lilin

  • Kampung Titi Kasai

  • Kampung Cherok Kelian

  • Kampung Jabi

  • Kampung Batu 14 ½

  • Kampung Repoh

  • Kampung Batu 15 ½

  • Kampung Sempeneh Cempaka

  • Kampung Changkat Semambu

  • Kampung Anak Kurau

  • Kampung Pantai Besar Ijok

  • Kampung Perak

  • Kampung Pantai Besar Batu Kurau

  • Kampung Ulu Sepetang

  • Kampung Bawah Gunung

  • Kampung Pondok Tanjung

  • Kampung Changkat Larah

  • Kampung Changkat Lobak

 

ZAMRI BIN ARIFFIN - NP32 PENGHULU

AHMAD ZARUDI BIN SHAHRANI - NP29 PENGHULU

05-8880666

Footer ms