Top Header Taiping Content ms

p

Tel: 05 829 8100
Faks: 05 807 9929

e
HOME

PEJABAT DAERAH DAN TANAH LARUT, MATANG DAN SELAMA

Menu Taiping 3rd Level Content ms

Breadcrumb

Majlis Penyerahan Pentadbiran Bukit Larut Kepada MPT

MAJLIS PENYERAHAN PENTADBIRAN BUKIT LARUT KEPADA MPT


Jumaat 12 Februari 2016: Majlis rasmi Penyerahan Pentadbiran Bukit Larut daripada Pejabat Daerah dan Tanah Larut Matang dan Selama kepada Majlis Perbandaran Taiping telah diadakan bertempat di Kaki Bukit Larut, Taiping. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Komunikasi dan Multimedia, YB Dato’ Nolee Ashilin Binti Dato’ Mohammed Radzi telah berkesempatan merasmikan majlis tersebut yang turut dihadiri oleh Tuan Pegawai Daerah, YDP Majlis Perbandaran Taiping Ybhg. Dato’ Haji Abd. Rahim Bin Md. Ariff, Ybhg. Dato’ Haji Abu Bakar Bin Haji Said dan Timbalan Pengarah Unit Perancangan Ekonomi Negeri En. Mohamed Nasser Bin Abd. Razak.

Juga dijemput pada majlis tersebut ialah Ketua-ketua Jabatan daerah LMS, Penghulu-penghulu mukim, pihak media dan juga bekas kakitanga Pentadbiran Bukit Larut. Secara simboliknya replika sebuah kenderaan 4x4 telah diserahkan kepada YDP Majlis Perbandaran Taiping dan secara rasminya pentadbiran Bukit Larut adalah di bawah Majlis Perbandaran Taiping. Untuk makluman juga Pentadbiran Bukit Larut sudah mula ditadbir oleh MPT bermula pada 1 Januari 2016.



floating menu taiping content v1 ms

 

Footer ms