Top Header Taiping Content ms

p

Tel: 05 829 8100
Faks: 05 807 9929

e
HOME

PEJABAT DAERAH DAN TANAH LARUT, MATANG DAN SELAMA

Menu Taiping 3rd Level Content ms

Breadcrumb

Majlis Penyerahan Bangunan Baru Masjid Al-Taufikiah dan Jamuan Berbuka Puasa, Kg. Menteri, Kuala Sepetang

MAJLIS PENYERAHAN BANGUNAN BARU MASJID AL-TAUFIKIAH DAN JAMUAN BERBUKA PUASA, KG.MENTERI, KUALA SEPETANG


 

       

27 Mei 2019 bertempat di bangunan baru Masjid Al-Taufikiah, Kampung Menteri, Kuala Sepetang telah berlangsung program Penyerahan Bangunan Baru Masjid Al-Taufikiah kepada Majlis Agama Islam Perak (MAIPK) yang dihadiri oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPK, Tn Hj Mohd Haidi Bin Sulaiman selaku penerima yang diserahkan oleh Pegawai Daerah Larut Matang & Selama, Tuan Mohamed Akmal b. Dahalan. Turut hadir ialah Y.A.Bhg Orang Kaya Menteri Paduka Tuan, Dato’ Haji Wan Mohd Isa Bin Dato' Haji Wan Mohd Razali, Orang Besar Jajahan Larut Matang & Selama dan Penyelaras DUN Kuala Sepetang Chua Yee Ling.

Program dimulakan dengan lawatan ke sekitar kawasan masjid, sesi bergambar sebelum ucapan oleh tuan pegawai daerah dan ucapan oleh Tn Hj Mohd Haidi Bin Sulaiman. Majlis Menandatangani Dokumen Serahan dan Terimaan bangunaan Masjid diadakan secara ringkas sebelum mengadakan acara Tahlil dan Jamuan Berbuka Puasa. Majlis bersurai kira-kira jam 8.15 malam setelah selesai menunaikan solat maghrib.

       

 



floating menu taiping content v1 ms

 

Footer ms