Top Header Taiping Content ms

p

Tel: 05 829 8100
Faks: 05 807 9929

e
HOME

PEJABAT DAERAH DAN TANAH LARUT, MATANG DAN SELAMA

Menu Taiping 3rd Level Content ms

Breadcrumb

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Dan Jasamu Dikenang Tahun 2016

MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG DAN JASAMU DIKENANG TAHUN 2016


Pada 17 Mac 2017 (Jumaat) telah berlangsung Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Dan Jasamu Dikenang Tahun 2016 bertempat di Hotel SSL Traders, Kamunting, Perak. Majlis bermula pada jam 3.30 petang dimana turut dijemput hadir adalah YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Y.B. Dato' Seri Abdul Puhat Bin Mat Nayan dan beberapa Agensi Kerajaan Daerah Larut Matang & Selama.

Acara dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu Penjawat Awam disusuli dengan Persembahan Angklung oleh pelajar-pelajar dari Sekolah Kebangsaan Klian Pauh serta bacaan doa oleh Penghulu Mukim Taiping, Abdullah Bin Che Hamad. Ucapan kata-kata aluan disampaikan oleh Pegawai Daerah, Dato' Haji Kamaruddin Bin Awang dan seterusnya ucapan amanat daripada YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Y.B. Dato' Seri Abdul Puhat Bin Mat Nayan. Majlis penyampaian cenderamata dimulakan dengan penyampaian kepada kakitangan yang bertukar iaitu seramai 12 orang dan penyampaian cenderamata kepada kakitangan yang bersara seramai 3 orang. Acara penyampaian anugerah kemudiannya disusuli dengan Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Terampil dimana penyampaian disampaikan kepada wakil setiap bahagian dimulakan dengan Bahagian Pentadbiran Tanah mewakili seramai 40 orang penerima, Bahagian Pembangunan Luar Bandar mewakili 6 orang penerima dan Bahagian Khidmat Pengurusan mewakili 19 orang penerima. Acara penyampaian kemuncak seterusnya adalah Penyampaian Anugerah Cemerlang Tahun 2016 yang telah disampaikan oleh YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak sendiri kepada seramai 17 orang kakitangan termasuk kakitangan daripada Pejabat Daerah & Tanah Selama seperti senarai penerima di bawah:

PENTADBIRAN TANAH

En. Mohd Fadzil Bin Simali
Pn. Norul Badariah Binti Sahat
Pn. Meriah@Mariah Binti Abdul Rahman
En. Mohd Hairuni Bin Hassan
En. Mohd Razali Bin Abdullah
En. Ahmad Arif Bin Baharin

KHIDMAT PENGURUSAN
Cik Nazlin Hanum Bin Ahmad Khalil
En. Adi Asrul Bin Mohamad Jainy
Pn. Siti Nuramira Binti Jasmi

PEMBANGUNAN LUAR BANDAR
Cik Nur Syafikah Binti Che Hassan
En, Ahmad Asmadi Bin Mat Salim
En. Muhammad Anas Ruzaimi Bin Mohd Noor

PDT SELAMA
Cik Izziantee Binti Izzahan
Pn. Noridayu Binti Adnan
En. Yusuf Bin Abu Bakar
En. Hasrizam Bin Baharum
En. Shahrul Farid @Faisal Yasmi Bin Sobri

Pada majlis ini juga turut diselitkan acara perasmian Skuad Sukarelawan PDTLMS (Skuad Volunteer) & pelancaran Buletin PDTLMS turut disempurnakan oleh YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak. Program berakhir kira-kira jam 5.00 petang dengan jayanya.



floating menu taiping content v1 ms

 

Footer ms