Top Header Taiping Content ms

p

Tel: 05 829 8100
Faks: 05 807 9929

e
HOME

PEJABAT DAERAH DAN TANAH LARUT, MATANG DAN SELAMA

Menu Taiping 3rd Level Content ms

Breadcrumb

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Dan Jasamu Dikenang Tahun 2015 PDTLMS

MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG DAN JASAMU DIKENANG TAHUN 2015 PDTLMS


25 Mac 2016: Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Dan Jasamu Dikenang Tahun 2015 Pejabat Daerah dan Tanah Larut, Matang Dan Selama telah diadakan bertempat di Hotel Legend Inn, Taiping. Majlis bermula kira-kira jam 3.30petang dimulai dengan nyanian lagu Negaraku dan lagu Penjawat Awam disusuli dengan bacaan Doa oleh Penghulu Abdullah Bin Che Hamad. Tuan Pegawai Daerah turut berkesempatan menyampaikan amanat dan ucapan ringkas sebelum beliau dijemput untuk menyampaikan anugerah dan penghargaan kepada penerima.

Seramai 12 pegawai dan kakitangan yang telah bertukar telah diberikan sijil penghargaan dan 9 lagi pegawai dan kakitangan yang bertukar tidak dapat menghadirkan diri kerana tugasan di jabatan yang baru. Seramai 4 orang pegawai dan kakitangan yang telah bersara turut diberi penghargaan dan 2 lagi wakil daripada kakitangan yang telah kembali ke rahmatullah. Acara seterusnya adalah penyampaian Anugerah Perkhidmatan Terampil diberikan kepada pegawai dan anggota yang telah mendapat markah LNPT 90peratus dan ke atas. Acara kemuncak adalah Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang yang disampaikan kepada 19 orang pegawai dan anggota diantaranya ialah:

 

1. EN. SABRI BIN NAZRI
2. CIK NORZANITA BINTI MUHAMAD MUHKTAR
3. EN. SHAIFUL AZHAR BIN SHAFEI
4. EN. ABDULLAH BIN CHE HAMAD
5. EN. MOHAMMAD AZMAN BIN ABDUL MAJID
6. PN. ANISAH BT YAHYA
7. PN. KANIMOLY A/P RAMAIAH
8. PN. NURHAMIMI BINTI MOKTARUDIN
9. PN. NOORLIANA BINTI MOHD YUSOP
10. PN. NOORFARIZA BT ABDUL SUKOR
11. PN. HASNAH BINTI A.RAHIM
12. EN. SABRI BIN HARUN ZAMAN
13. EN. JAMALUDDIN BIN IBRAHIM
14. EN. ABDUL AZIS BIN MAHAMOOD
15. PN. NORAZIDAH BINTI NORDIN
16. SYAHIDATUL ZARINA BINTI ZAINUDDIN
17. EN. SULAIMAN BIN ZAKARIA
18. EN. JA'AFAR BIN JASEK
19. EN. ISHAK BIN MUSTAFA



floating menu taiping content v1 ms

 

Footer ms