Piagam Pelanggan - PDT Sungai Siput
PIAGAM PELANGGAN
PEJABAT DAERAH DAN TANAH SUNGAI SIPUT
BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN
Anda adalah pelanggan, kami akan berusaha memberikan perkhidmatan yang adil, mesra dan segera kepada anda, kami berjanji akan memberikan perkhidmatan seperti berikut:
- Setiap aduan akan dikeluarkan akuan terima dalam tempoh 1 hari dan jawapan rasmi akan dijawab dalam tempoh 14 hari.
- Menyelesaikan permohonan semua lesen-lesen dalam tempoh 4 minggu.
- Kaunter bayaran termasuk kutipan hasil akan dibuka mengikut jadual sekurang-kurangnya masa waktu pejabat. Masa kutipan dilanjutkan sekiranya keadaan memerlukan.
- Permohonan penilaian duti setem akan diselesaikan dalam masa 4 minggu dari tarikh permohonan.
- Setem dokumen akan dimatikan serta merta.
- Menyediakan baucer bayaran pembelian dalam masa 5 hari bekerja.
BAHAGIAN PENTADBIRAN TANAH
Bersedia Memberikan Perkhidmatan yang berkualiti dan cekap untuk pelanggan dalam hal-hal berikut :
- Memproses bayaran Hasil Tanah dalam tempoh 1 minit setiap bil.
- Memproses Permohonan Tanah sehingga menyediakan Kertas MMK dalam tempoh 8 bulan.
- Memproses Urusan Pembangunan Tanah seperti Tukar Syarat, Pecah Sempadan dan Pecah Bahagian dalam tempoh 3 bulan bagi Kes di Bawah Bidangkuasa Pentadbir Tanah.
- Semua Perserahan Pindahmilik/Gadaian akan didaftarkan dalam tempoh 24 jam.
- Menyelesaikan Permohonan Kebenaran untuk Memindahmilik / Gadaian dalam tempoh 5 hari bekerja bagi kes di bawah Kuasa Pentadbir Tanah.
BAHAGIAN PEMBAGUNAN LUAR BANDAR
- Akan berusaha sepenuhnya untuk melaksanakan dan menyiapkan 100% projek yang diluluskan setiap tahun.
- Projek dan perolahan bekalan yang tidak melibatkan sebutharga akan ditawarkan kepada pemboong dalam masa 14 hari bekerja dari tarikh penerimaan surat kuasa/waran peruntukan.
- Projek dan perolehan bekalan yang melibatkan sebutharga akan ditawarkan kepada pemborong dalam masa 30 hari bekerja dari tarikh penerimaan surat kuasa/waran peruntukan.
- Baucer bayaran akan disiapkan dan dikemukakan ke Pejabat Pembangunan Negeri @ Bendahari Negeri @Akuantan Negara dalam masa 7 hari bekerja dari tarikh borang inden kerja/pesanan kerajaan disahkan untuk pembayaran.
- Setiap aduan yang diterima:
- Secara bertulis akan diakui terima dalam masa 7 hari bekerja.
- Secara lisan akan diberi jawapan serta-merta akan dilayan dengan penuh berhemah dan mesra
PERKHIDMATAN
PERKHIDMATAN