Top Header Selama Content ms

p

Tel:05 839 4963 Faks: 05 839 4044

e
HOME

PEJABAT DAERAH DAN TANAH SELAMA

Menu Selama Content ms

visi misi selama content ms

VISI


Kecemerlangan sesebuah organisasi bergantung kepada wujudnya wawasan dan visi yang jelas dan dikongsi bersama (shared vision) oleh seluruh anggota organisasi. Faktor ini memudahkan anggota bekerjasama serta mengelakkan kemungkinan konflik yang boleh merugikan jabatan. Berdasarkan falsafah ini, pentadbiran daerah telah menggubal wawasan dan visi bagi menentukan arah tujuan serta corak operasi pejabat untuk mencapai kecemerlangan dalam perkhidmatan yang diberi iaitu : “Menjadikan Pejabat Daerah Dan Tanah Selama sebuah pejabat yang terunggul di negeri Perak Darul Ridzuan dan diantara yang terbaik di Malaysia selaras dengan kehendak dasar Kerajan”.

 

MISI


Meningkatkan produktiviti kualiti perkhidmatan bagi memuaskan kehendak pelanggan. Merancang pembangunan daerah ke arah mencapai matlamat Dasar Pembangunan Nasional. Berusaha meningkatkan sumber sumber hasil negeri ke tahap yang optimum. Membangunkan potensi sumber manusia di kedua-dua sektor awam dan masyarakat keseluruhannya. Mewujudkan suasana persekitaran kerja yang harmoni, selesa dan indah.

 

 


floating menu selama content ms

 

Footer ms