Top Header Pengkalan Hulu Content ms

p

Tel: 04 477 8224 / 04 477 0073 Faks: 04 477 8458

e
HOME

PORTAL RASMI

PEJABAT DAERAH DAN TANAH PENGKALAN HULU

Menu Pengkalan Hulu 3rd Level Content ms

Breadcrumb

Perutusan Ketua Penolong Pegawai Daerah pengkalan hulu content ms

PERUTUSAN KETUA PENOLONG PEGAWAI DAERAH


EN. SAFUAN BIN SALEH
Ketua Penolong Pegawai Daerah
Pengkalan Hulu
 

Selamat datang ke Portal Pejabat Daerah dan Tanah Pengkalan Hulu (PDTPH). PDTPH kini mempunyai tanggungjawab yang semakin besar dan lebih mencabar bagi memenuhi kehendak masyarakat.

 

PDTPH berusaha mempertingkatkan lagi perkhidmatannya dengan sentiasa memberikan penekanan terhadap pemberian perkhidmatan yang berkualiti kepada rakyat khasnya Daerah Pengkalan Hulu.

 

Mendepani transformasi dalam perkhidmatan, Pentadbiran Daerah dan Tanah Pengkalan Hulu percaya dengan kerjasama, sokongan dan komitmen dari Jabatan-jabatan di Pengkalan Hulu dan juga warga kerja PDTPH yang cemerlang akan meletakkan PDTPH sebagai sebuah pemerintah daerah yang berkesan dan berwibawa. Pelbagai usaha bersama sedang rancak dilaksanakan dalam meningkatkan perkhidmatan PDTPH terutama dalam sektor sosio-ekonomi dan pembangunan fizikal.


Akhir kata, saya sebagai Ketua Penolong Pegawai Daerah PDTPH mengalu-alukan idea-idea, pandangan dan perkongsian maklumat daripada semua pihak bagi mempertingkatkan lagi pencapaian PDTPH dan Portal Rasmi PDTPH.

 

Sekian, terima kasih.


 

EN. SAFUAN BIN SALEH
Ketua Penolong Pegawai Daerah Pengkalan Hulu.

 

 



floating menu pengkalan hulu content v1 ms

Footer ms