Top Header Pengkalan Hulu Content ms

p

Tel: 04 477 8224 / 04 477 0073 Faks: 04 477 8458

e
HOME

PEJABAT DAERAH DAN TANAH PENGKALAN HULU

Menu Pengkalan Hulu 3rd Level Content ms

Breadcrumb

Perhimpunan Terakhir Bersama Tuan Zulhisham Ahmad Shukori sebagai Pegawai Daerah Hulu Perak

PERHIMPUNAN TERAKHIR BERSAMA TUAN ZULHISHAM AHMAD SHUKORI SEBAGAI PEGAWAI DAERAH HULU PERAK


 

31 Jan 2020 Beberapa program telah diadakan bersempena pertukaran Tuan Zulhisham Ahmad Shukori ke Daerah Manjung sebagai Pegawai Daerah Manjung berkuat kuasa 3 Februari 2020. Beliau telah berkhidmat sebagai Pegawai Daerah Hulu Perak bermula 15.1.2018 sehingga 31.01.2020.
Antara program yang telah berlangsung ialah Perhimpunan Bulanan yang melibat gabungan warga ketiga-tiga Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Perak (Gerik), Lenggong dan Pengkalan Hulu dan diadakan di Dewan Persidangan Gerik. Pada majlis ini, Tuan Zulhisham telah menyampaikan amanat kepada warga Pejabat Daerah dan Tanah di Hulu Perak supaya dapat meneruskan kecemerlangan perkhidmatan mereka serta memberi kerjasama kepada pengganti beliau kelak.

 

Selain itu, Majlis Perjumpaan Pegawai Daerah Hulu Perak dengan Ketua-Ketua Jabatan serta Para Pemimpin Daerah Hulu Perak telah berlangsung di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Gerik. Pada majlis ini, Tuan Zulhisham telah menyampaikan ucapan peghargaan beliau kepada semua ketua-ketua jabatan dan para pemimpin yang hadir kerana telah memberi kerjasama kepada beliau sepanjang perkhidmatan beliau sebagai Pegawai Daerah Hulu Perak.

 

 

Footer ms