Top Header Manjung Content ms

Menu Manjung 3rd Level Content ms

Breadcrumb

Utusan Online : 8 Januari 2018 : Bagan Datuk Makin Ceria

UTUSAN ONLINE : 8 JANUARI 2018 : BAGAN DATUK MAKIN CERIA


       

AHMAD ZAHID HAMIDI beramah mesra bersama para peniaga di Dataran Jeti Bagan Datuk.

BAGAN DATUK 7 Jan. - Usaha Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi membangunkan Bagan Datuk semakin menampakkan kejayaan apabila projek pembangunan yang dirancang mulai terbina.

Antaranya, idea Tim­balan Perdana Men­teri yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk membina tarikan orang ramai untuk beriadah dan berniaga iaitu Water Front Bagan Datuk yang sedang dalam pembinaan kini menjadi tumpuan ramai.

Beberapa projek lain sedang dalam pembinaan antaranya Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Kolej Poli­tek­nik, kompleks sukan, masjid terapung, kompleks jabatan kerajaan dan jambatan meren­tangi Sungai Perak yang menghubungkan Bagan Datuk dengan Kampung Sejagop di kawasan Parlimen Pasir Salak.

Water Front Bagan Datuk mula dikunjungi orang ramai sejak tiga bulan lalu selain untuk bersantai ia juga menyediakan gerai perniagaan.

Baru-baru ini, Ahmad Zahid meluangkan masa lebih sejam meninjau dan melawat lebih 20 gerai peniaga yang terdapat di sekitar Jeti Bagan Datuk dalam program Walk-About di sini.

Timbalan Perdana Menteri melawat dari satu gerai ke gerai dan berbual dengan para peniaga serta membeli beberapa juadah yang dijual oleh peniaga di situ.

Kegembiraan jelas tergambar di wajah para peniaga dan tidak me­lepaskan peluang bergambar de­ngan Timbalan Perdana Menteri.

Kehadi­ran Ahmad Zahid turut mencuri tumpuan kumpulan pe­ngun­jung yang sedang bersantai di sekitar jeti apabila se­bahagian daripa­da mereka turut sama mengikuti kumpulan lawatan itu.

Sementara itu, pemimpin setempat yang ditemui menyatakan penghargaan tinggi ke­pada Timbalan Per­­­dana Menteri atas daya usaha­nya memajukan Ba­­gan Datuk seca­ra berperingkat.

Pengerusi Penyelaras Homestay Bagan Datuk, R. Azmi Abdul Wahab yakin Bagan Datuk hanya menunggu masa untuk menjadi tumpuan menerusi projek-projek pembangunan yang dirancang.

Menurutnya, sebagai contoh, walaupun Water Front Bagan Datuk belum siap sepenuhnya, ia menjadi tumpuan ramai.

Katanya, bot pelancongan akan disediakan sebaik sahaja Water Front Bagan Datuk siap sepenuhnya hujung tahun ini.

“Kita akan membawa pelancong tempatan dan luar negara menyusuri Sungai Perak hingga ke kawasan tarikan pelancong di Beting Beras Basah.

“Selain itu mengikut peranca­ngan kapal yang dijadikan mu­zium bakal menempatkan pel­bagai bahan antik yang terdapat di kawasan Bagan Datuk,” kata­nya.

Ketua UMNO Cawangan Pekan Bagan, Datuk Mat Subril Mat Saad gembira dengan perubahan yang dialami di Bagan Datuk.

Menurutnya, Bagan Datuk yang dahulunya sunyi kini semakin sibuk dengan kedatangan pengunjung luar.

Katanya, kunjungan Ahmad Zahid yang meninjau pembinaan Water Front Bagan Datuk selain beramah mesra de­ngan peniaga menggembirakan para peniaga.

“Timbalan Perdana Menteri gembira kerana perubahan yang berlaku bakal membawa perubahan dari segi pembangunan dan menjana ekonomi penduduk setempat.

“Para peniaga juga gembira kerana Timbalan Perdana Menteri turun padang melihat pembinaan Water Front ini sambil beramah mesra dengan peniaga dan pe­ngunjung,” katanya.
 



floating menu manjung content v1 ms

 

Footer ms