Top Header Manjung Content ms

Menu Manjung 3rd Level Content ms

Breadcrumb

Sinar Perak : 31 Mei 2018 : Harga tiket Zoo Taiping & Night Safari turun

SINAR PERAK : 31 MEI 2018 : HARGA TIKET ZOO TAIPING & NIGHT SAFARI TURUN


       

TAIPING - Harga tiket masuk ke Zoo Taiping & Night Safari akan dikurangkan bermula bulan depan selari dengan keputusan kerajaan menetapkan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada kadar sifar peratus mulai 1 Jun ini.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Taiping (MPT) Datuk Abd Rahim Md Ariff berkata tiket untuk memasuki Zoo Taiping diturunkan daripada RM17 kepada RM16 bagi dewasa, manakala kanak-kanak daripada RM8.50 kepada RM8 setiap seorang.

Beliau berkata bagi tiket Night Safari, harganya dikurangkan daripada RM21.20 kepada RM20 bagi dewasa, sementara untuk kanak-kanak RM10.60 kepada RM10 setiap seorang.

“Selain itu, kami juga menawarkan diskaun 20 peratus bagi harga tiket kepada penduduk di daerah Larut Matang dan Selama serta Kerian.

“Sementara 30 peratus ditawarkan kepada rombongan sekolah, agensi pelancongan dan pakej pendidikan, manakala warga emas diberikan diskaun 50 peratus,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Abdul Rahim berkata dengan penurunan harga tiket itu diharap dapat menggalakkan orang ramai berkunjung ke zoo sekali gus meningkatkan sektor pelancongan di bandar tersebut.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi talian 05-8086577 atau 05-8041045.- Bernama
 



floating menu manjung content v1 ms

 

Footer ms