Top Header Manjung Content ms

Menu Manjung 3rd Level Content ms

Breadcrumb

Sinar Harian : 4 Mac 2018 : Mayat Remaja Ditemui Terapung

SINAR HARIAN : 4 MAC 2018 : MAYAT REMAJA DITEMUI TERAPUNG


       

PANGKOR - Mayat remaja lelaki yang hilang ketika sedang mandi di pantai Teluk Nipah petang semalam ditemui terapung berhampiran Pulau Giam. Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Muhammad Hanif Othman berkata, dalam kejadian petang semalam, mangsa J Aishwar bersama sembilan lagi rakan lain datang ke pulau itu untuk mandi-manda.

Menurutnya, pada jam 10 pagi kumpulan itu yang datang dari Pulau Pinang mandi di Teluk Nipah dan mereka mahu berenang dari pantai berkenaan menuju ke Pulau Giam yang terletak berhampiran.

"Lapan orang daripadanya telah berpatah balik ke pantai Teluk Nipah manakala dua lagi meneruskan renangan ke Pulau Giam.

"Lebih kurang jam 1 tengah hari hanya seorang yang pulang kembali ke Teluk Nipah manakala seorang lagi telah hilang,"katanya.

Operasi mencari segera dilakukan oleh pihak polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta Maritim apabila panggilan kecemasan diterima.

"Akhirnya mayat mangsa ditemui terapung pada jam 1.15 tengah hari ini.

"Mayat mangsa dibawa ke Hospital Seri Manjung untuk bedah siasat,"katanya.
 



floating menu manjung content v1 ms

 

Footer ms