Top Header Manjung Content ms

Menu Manjung 3rd Level Content ms

Breadcrumb

piagam pelanggan manjung content ms

PIAGAM PELANGGAN JABATAN


Kami beriltizam dalam memberikan perkhidmatan seperti berikut:

1.

Setiap aduan dikeluarkan akuan terima dalam tempoh satu (1) hari dan jawapan rasmi akan dijawab dalam tempoh tujuh (7) hari.

2.

Menyelesaikan permohonan semua lesen dalam tempoh empat (4) minggu.

3.

Kaunter bayaran termasuk kutipan hasil akan dibuka mengikut jadual sekurang-kurangnya waktu pejabat. Bagi hari-hari tertentu, masa kutipan dilanjutkan.

4.

Menyediakan baucer bayaran pembelian dalam masa (5) hari bekerja.

5.

Mengadakan kemudahan infrastruktur yang terbaik dan seberapa segera mengikut peruntukan yang diluluskan.

6.

Berusaha untuk mengurang kadar kemiskinan penduduk.

7.

Menyediakan baucer bayaran projek dalam masa tujuh (7) hari bekerja dari tarikh kadar/pesanan kerajaan yang lengkap diterima.

8.

Mendaftar dengan serta merta semua permohonan tanah yang lengkap.

9.

Mendaftarkan hakmilik sementara bari Rancangan Tanah Berkelompok dan Perkampungan Tersusun dalam tempoh satu (1) hari bekerja bagi urusan secara operasi 'One Stop Centre'.

10.

Mendaftar perserahan urusniaga dan bukan urusniaga dalam tempoh dua puluh empat (24) jam bagi setiap satu (1) perserahan.

11.

Mengeluarkan Sijil Carian Rasmi dalam tempoh dua (2) hari bekerja bagi setiap satu sijil.

12.

Memastikan bil-bil cukai tanah dihantar kepada tuan-tuan tanah sebelum 1 Januari setiap tahun.

13.

Menyelesaikan permohonan Permit Bahan Batu dalam tempoh tujuh (7) hari setelah menerima laporan jabatan teknikal.

14.

Menyelesaikan permohonan tukar syarat nyata tanah pertanian dalam tempoh satu (1) bulan.

15.

Mengemukakan permohonan untuk mendapatkan kebenaran pindah milik/gadaian kepada Pejabat Tanah dan Galian Perak dalam tempoh dua (2) minggu.

 

 


splask client charter content

floating menu manjung content v1 ms

 

Footer ms