Top Header Manjung Content ms

HOME

PORTAL RASMI

PEJABAT DAERAH DAN TANAH MANJUNG

Menu Manjung 3rd Level Content ms

Breadcrumb

Pentadbiran Daerah ms

PENTADBIRAN DAERAH


   

1. SISTEM PENTADBIRAN

Berdasarkan sistem pentadbiran Malaysia, pentadbiran sesebuah daerah dibahagikan kepada tiga susun lapis pentadbiran iaitu lapisan pertama atau yang teratas ialah Peringkat Daerah, lapisan kedua ialah Peringkat Mukim dan lapisan ketiga ialah Peringkat Kampung.

 

2. PENTADBIRAN DI PERINGKAT DAERAH

Pentadbiran Daerah Manjung diketuai oleh seorang Pegawai Daerah yang berperanan sebagai Ketua Pentadbir Daerah Manjung. Beliau dibantu oleh dua orang Ketua Penolong Pegawai Daerah iaitu Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) yang bertanggungjawab terhadap urusan pembangunan dan Ketua Penolong Pegawai Daerah (Tanah) yang bertanggungjawab terhadap urusan tanah. Beliau juga dibantu oleh seorang Penolong Pegawai Daerah (Khidmat Pengurusan) untuk urusan pentadbiran. Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) dibantu oleh dua orang Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) manakala Ketua Penolong Pegawai Daerah (Tanah) dibantu oleh tiga orang Penolong Pegawai Daerah (Tanah).

 

3. PENTADBIRAN PEJABAT DAERAH DAN TANAH

Pentadbiran Daerah dan Tanah Manjung diketuai oleh Pegawai Daerah merangkap Pentadbir Tanah Daerah iaitu Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M54. Pentadbiran ini dibahagikan kepada tiga (3) bahagian dengan pecahan seperti di bawah:

 

3.1 Bahagian Pentadbiran Tanah

Bahagian ini diketuai oleh Ketua Penolong Pegawai Daerah (PTD M52) dengan dibantu oleh tiga orang Penolong Pegawai Daerah (P TD M44 dan M41 ) serta anggota sokongan yang lain.

3.1.1 Fungsi:

  • Pengurusan kutipan hasil tanah.
  • Pengurusan pembangunan tanah.
  • Menguatkuasakan undang-undang tanah.
  • Pelupusan tanah.
  • Daftar urusniaga.

 

3.2 Bahagian Pembangunan Daerah (Bahagian Pembangunan Luar Bandar)

Bahagian ini diketuai oleh Ketua Penolong Pegawai Daerah (PTD M48) dengan dibantu oleh dua orang Penolong Pegawai Daerah (PTD M44/41), Pengurus Projek serta anggota sokongan yang lain.

3.2.1 Fungsi:

  • Pengurusan dan pelaksanaan projek-projek kecil luar bandar.
  • Meningkatkan kesejahteraan rakyat.
  • Menyelaras projek pembangunan luar bandar.

 

3.3 Bahagian Pengurusan Daerah

Bahagian ini diketuai oleh Penolong Pegawai Daerah (PTD M44) dengan dibantu oleh anggota sokongan yang lain.

3.3.1 Fungsi:

  • Pengurusan kewangan.
  • Pengurusan sumber manusia.
  • Mnegeluarkan Lesen Hiburan dengan teratur

 

4. PUSAT PENTADBIRAN

Pusat Pentadbiran Daerah Manjung ialah di Pejabat Daerah dan Tanah Manjung yang bertempat di Kompleks Pentadbiran Daerah Manjung (lihat pelan lokasi). Terdapat 4 buah Pejabat Kerajaan ditempatkan di kompleks tersebut seperti berikut:

4.1 Pejabat Daerah dan Tanah Manjung
4.2 Pejabat Agama Daerah Manjung
4.3 Pejabat Pertanian Daerah Manjung
4.4 Bahagian Majlis Keselamatan Dalam Negeri

Pejabat ini terletak di Bandar Baru Seri Manjung di tepi jalan raya Ipoh / Lumut. Pejabat di bangunan baru ini mula diduduki pada 3 Februari 1992. Sebelum itu Pejabat Daerah dan Tanah Manjung terletak di Jalan Mustafa A1-Bakri, Lumut, Perak.

Kompleks Pentadbiran Daerah Manjung mula dibina pada 20 April 1989 di atas sebidang tanah seluas 8,636 ekar dengan keluasan lantai 4, 138 meter persegi dengan kos pembinaan berjumlah RM 4,482,000.00. Dibuka dengan rasmi oleh D.Y.M.M. Pemangku Raja Perak Darul Ridzuan sempena perayaan ulang tahun Ke-64 Hari Keputeraan D.Y.M.M. Paduka Seri Sultan Perak pada Isnin 2 Jun, 1992.

 

5. PENTADBIRAN Dl PERINGKAT MUKIM

Dari segi pentadbiran, Daerah Manjung dibahagikan kepada lima mukim iaitu Mukim Lumut, Mukim Sitiawan, Mukim Lekir, Mukim Beruas dan Mukim Pengkalan Bharu dan pentadbiran bagi setiap mukim tersebut diketuai oleh Penghulu Mukim.

5.1 Fungsi:

  • Merancang dan melaksanakan program pembangunan sosio-ekonomi.
  • Menyelaraskan aktiviti-aktiviti pembangunan jabatan-jabatan.
  • Menjalankan dan menguatkuasakan pungutan-pungutan pelbagai hasil, cukai, lesen dan permit.
  • Mentadbir dan menguatkuasakan Undang-undang Tanah Negara, Peraturan-Peraturan Tanah Negeri Perak.
  • Menguatkuasakan undang-undang tanah lain berkaitan.
  • Memastikan ketenteraman awam dan mengekalkan suasana muhibbah di kalangan penduduk.

 

6.PENTADBIRAN Dl PERINGKAT KAMPUNG

Biasanya pusat pentadbiran sesebuah kampung itu ialah di pejabat yang merupakan sebahagian daripada bangunan Dewan Orang Ramai kampung induk JKKK. Pejabat tersebut berfungsi sebagai tempat mesyuarat MPKK.

 

6.1 Fungsi / Peranan Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (TUGAS JKKK SETELAH DIKEMASKINIKAN)

Berikutan dengan keputusan Majlis Keselamatan Negara pada 8hb. Julai 1975 mengenai Rancangan Rukun Tetangga dan Pelancaran Rancangan Perhubungan Masyarakat, anjuran Lembaga Perpaduan Negara, di mana berkuatkuasa daripada tarikh 10 Ogos 1975 membawa kepada perubahan nama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) maka tugas JKKK adalah digariskan seperti berikut:-

  • Menentukan rancangan-rancangan pembangunan masyarakat yang hendak dilaksanakan di dalam kampung.
  • Sesudah menentukan rancangan-rancangan, JKKK mestilah memilih projek mana yang hendak didahulukan dan projek mana yang boleh dikemudiankan. Dalam pada itu mungkin ada beberapa projek yang boleh dilaksanakan bersaingan.
  • Melaksanakan projek-projek yang telah dipersetujui. Pelaksanaan ini boleh dibuat sama ada oleh orang-orang kampung sendiri atau secara bekerjasama dengan badan-badan / jabatan-jabatan kerajaan atau pertubuhan-pertubuhan sukarela dan sebagainya.
  • Mengambil dayausaha serta memimpin untuk menjayakan projek-projek yang telah dipersetujui.
  • Bergotong-royong yakni menggalakkan penyertaan bersama oleh orang-orang kampung.
  • Kelicinan perjalanan kesemua projek yang sedang dilaksanakan.
  • Menyediakan ataupun membantu menyediakan tempat dan sebagainya untuk melaksanakan sesuatu projek.
  • Menjadi badan perhubungan antara orang-orang kampung dengan Kerajaan dan badan-badan luar.
  • Bertanggungjawab bersama-sama dengan badan-badan/ jabatan-jabatan kerajaan atau pertubuhan-pertubuhan sukarela untuk menilai projek-projek pembangunan dan selanjutnya mengambil tindakan-tindakan yang perlu.
  • Menjaga keselamatan kampung dari anasir-anasir jahat yang hendak merosakkan masyarakat dan negara. Melaporkan aktiviti-aktiviti mereka kepada pihak berkuasa dengan menyusun rondaan serta membuat bancian penduduk apabila dikehendaki.
  • Membuat peraturan-peraturan yang sesuai untuk pelantikan dan tugas-tugas setiausaha jawatankuasa.
  • Menyimpan segala rekod-rekod rancangan pembangunan masyarakat untuk kampung itu antaranya adalah minit mesyuarat.
  • Menjemput sesiapa yang difikirkan sesuai kerana pengalaman, pekerjaan atau kebolehan yang ada padanya untuk menghadiri mana-mana mesyuarat Jawatankuasa.
  • Melaksanakan apa juga projek atau aktiviti yang difikirkan berkaitan dengan pembangunan masyarakat.
  • Mengadakan mesyuarat tetap dari masa ke semasa dan sebaik-baiknya sekali dalam sebulan.

 

6.2 Pelanggan

Pelanggan kami adalah terdiri daripada:-

  • Anggota Pejabat Daerah dan Tanah Manjung
  • Y.B. Ahli Dewan Undangan Negeri dan Ahli Parlimen
  • Jabatan-jabatan kerajaan dalam daerah Manjung
  • Orang ramai atau pemilik tanah.
  • Bergotong-royong yakni menggalakkan penyertaan bersama oleh orang-orang kampung.
  • Unit Perancangan Ekonomi Negeri dan Pejabat Pembangunan Negeri.
  • Kontraktor dan pembekal.
  • Syarikat Guaman.
  • Pemegang lesen dan permit.

floating menu manjung content v1 ms

 

Footer ms