Penggunaan Masih Di Takuk Lama - PDT Manjung
Top Header Manjung Content ms
Menu Manjung 3rd Level Content ms
MENU UTAMA
- UTAMA
- PROFIL ORGANISASI
- WARGA JABATAN
- WARGA AWAM
- HUBUNGI KAMI
- INFORMASI PEJABAT DAERAH DAN TANAH
Breadcrumb
Penggunaan masih di takuk lama
PENGGUNAAN MASIH DI TAKUK LAMA
PANGKOR - Pendekatan lebih tegas dan komprehensif perlu digarap agar bahasa Melayu berperanan bukan sahaja sebagai alat pengantara tetapi mencakupi segenap fasa perhubungan baik awam mahupun swasta.
Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, penggunaan bahasa Melayu dilihat masih lagi berada di takuk lama. Katanya, bahasa Melayu bukan sahaja hilang peranan sebagai lingua franca malah turut diperlekeh di bumi sendiri.
“Di negara ini, ada jabatan dan agensi tanpa segan silu menggunakan bahasa Inggeris dalam urusan surat menyurat. Ini adalah tirani terhadap bahasa Melayu yang harus kita bungkaskan tanpa kompromi. “Justeru itu, kita memerlukan pendekatan yang lebih garang agar ia meresap ke dalam kendiri pengguna dan bukan sekadar menghiasi kain rentang dan gegantung,” katanya ketika berucap pada Malam Kemuncak Festival Puisi Lagu dan Rakyat Antarabangsa (Pulara) Pangkor ke-8 di Arena Pangkor, kelmarin.
Tahun ini, Pulara Pangkor yang berlangsung sejak 29 November dan berakhir, semalam mengangkat tema ‘Sebahasa Sejiwa’ dengan penyertaan penyair dan pembentang dari Indonesia, Thailand, Sepanyol, China dan Jepun. Zambry berkata, dalam konteks Pulara, kerajaan negeri sejak mula penganjurannya pada 2010 telah menggariskan penggunaan bahasa Melayu secara proaktif dalam kalangan ahli akademik, penyair, aktivis serta sasterawan yang mengambil bahagian.
Katanya, pihaknya berpuas hati apabila melalui Persidangan Bahasa dan Persuratan Melayu Merentasi Zaman yang dimulakan sejak tiga tahun lalu itu mencetuskan banyak idea bernas bagi melaksanakan agenda perjuangan bahasa dan bangsa.
“Kita tidak harus bersikap apologetik atau rendah diri, sebaliknya berbangga dengan bahasa Melayu kerana sudah sampai ketika kita meletakkan semula bahasa ini sebagai lingua franca antarabangsa,” katany.
Pada majlis itu, Zambry melancarkan album puisi yang turut memuatkan hasil nukilannya bertajuk ‘Azan Gemamu Melambaiku’ selain ‘Siti Zaharah’ oleh Pak Malim dan ‘Rambulan Tersenyum Manis’ karya Siti Zaleha Hashim.
Sinar Harian
Normawati Adnan
4 Disember 2017
floating menu manjung content v1 ms
PERKHIDMATAN
PERKHIDMATAN