Top Header Manjung Content ms

Menu Manjung 3rd Level Content ms

Breadcrumb

Jambatan tutup awal demi keselamatan

JAMBATAN TUTUP AWAL DEMI KESELAMATAN


 

  
Gambar kiriman pembaca Sinar Harian menunjukkan Jambatan Sultan Yusof sudah ditutup pada jam 6.30 petang.

TELUK INTAN - Jambatan Sultan Yusof, Batu 5, terpaksa ditutup awal bagi memberi laluan kepada kerja penyelenggaraan dan pembaikan pot bearing jambatan berkenaan.

Jurutera Daerah Jabatan Kerja Raya (JKR) Hilir Perak, Abdul Rani Harun ketika dihubungi memaklumkan pihaknya terpaksa menutup laluan kedua-dua arah jambatan tersebut lebih awal atas faktor keselamatan.

"Kita menutup laluan kepada kenderaan berat seperti lori bermula pagi tadi ekoran kerja-kerja pembaikan sudah pun dimulakan dan khuatir keselamatan pengguna jika kenderaan berat masih melalui jambatan tersebut.

"Kami kemudiannya mengambil keputusan untuk menutup jambatan kepada semua kenderaan lebih awal bermula jam 6 petang tadi berbanding jadual awal pada jam 5 pagi esok," katanya.

Oleh itu, Abdul Rani memohon kerjasama orang ramai supaya menggunakan laluan alternatif yang dicadangkan pihak JKR kepada pengguna.

"Kami ingin memohon maaf di atas segala kesulitan yang dihadapi dan saya berharap pengguna menggunakan jalan alternatif di mana JKR juga telah memohon kerjasama pasukan polis mengawal lalu lintas di sana," katanya.

Terdahulu kecoh dalam laman sosial dan aplikasi sosial apabila pengguna memaklumkan jambatan sudah ditutup lebih awal.

Sementara itu, tinjauan Sinar Harian mendapati jalan Kampung Bahagia ke Teluk Intan sesak ekoran hanya itu sahaja satu-satunya laluan alternatif menghubungkan Bagan Datuk dan Sabak Bernam untuk ke Manjung selepas jambatan ditutup.

Sinar Harian
Mohamad Hafizi Mohd Said
11 Ogos 2017



floating menu manjung content v1 ms

 

Footer ms