Top Header Manjung Content ms

HOME

PORTAL RASMI

PEJABAT DAERAH DAN TANAH MANJUNG

Menu Manjung 3rd Level Content ms

Info Ringkas Manjung content ms

INFO RINGKAS


1. SEJARAH DAERAH MANJUNG

Daerah Manjung pada sebelum tahun 1973 dikenali sebagai Daerah Dindings. Daerah ini pernah menjadi sebahagian dari Negeri - Negeri Selat yang pada ketika itu daerah ini berada di bawah pentadbiran Pulau Pinang. Daerah Dindings telah menjadi sebahagian dari Pulau Pinang sebaik sahaja Perjanjian Pangkor ditandatangani oleh pihak Britain dengan Sultan Perak pada ketika itu iaitu Sultan Abdullah. Perjanjian ini ditandatangani bagi menghentikan pertumpahan darah akibat dari 2 peristiwa utama iaitu perebutan takhta di antara kerabat - kerabat diraja Perak sebaik sahaja kemangkatan Sultan Jaafar dan peperangan di antara Puak Ghee Hin dan Hai San di Larut untuk merebut kawasan perlombongan bijih timah di Jajahan Larut Taiping. Sebagai syarat perjanjian tersebut, Sultan Perak perlu menerima seorang Residen British iaitu Sir JWW Birch, menyerahkan Jajahan Dindings kepada British, Perlantikan Penolong Residen di Taiping iaitu Kapten Speedy di Matang dan Sultan Ismail diturunkan dari takhta Perak

Semasa era penjajahan Inggeris, Jajahan Dindings adalah merangkumi 3 kawasan utama iaitu Bandar Sitiawan, Bandar Lumut dan Pulau Pangkor sahaja. Walaubagaimanapun pada tahun 1937, setelah hampir 10 tahun Sultan Perak pada ketika itu iaitu Sultan Alang Iskandar telah merayu kepada British agar Jajahan Dindings dikembalikan ke pangkuan Perak dan British telah menyerahkan kembali pada tahun berkenaan. Alasan utama baginda, Perak tidak mempunyai kawasan berpantai. Setelah penyerahan Jajahan Dindings, Kerajaan Perak telah menyatukan jajahan berkenaan dengan Bruas dan kawasan - kawasan persisiran pantai bahagian selatan. Pada tahun 1973, Daerah Dindings telah diberi nama baru iaitu Daerah Manjung dan nama berkenaan berkekalan sehingga kini.

 

2. PETA DAERAH MANJUNG

 

 

Luas Keseluruhan Daerah Manjung

Luas (H)

Peratus(%)

Mukim Beruas

19,160

16.40%

Mukim Lekir

13,730

11.76%

Mukim Lumut/Pangkor

25,120

21.51%

Mukim Pengkalan Baharu

25,640

21.95%

Mukim Sitiawan

33,150

28.38%

JUMLAH

116,800.00

100.00%

 

Luas Tanah Kerajaan

Luas (H)

Peratus(%)

Bukit, Pantai, Pulau, Sungai, dll

18,949.40

16.22%

Jumlah

18,949.40

16.22%

 

 

  • Kampung Kedah
  • Kg Kilang
  • Kg Tualang / Buruk Bakul)
  • Kg Paya Ara
  • Kg Kota
  • Kg Bakar Bata
  • Kg Dendang
  • Kg Changkat
  • Kg Tengah
  • Kg Pintu Gerbang

 

  • Kg. Batu 10
  • Kg. Pasir Pandak
  • Kg. Batu 8
  • Kg. Sungai Tiram
  • Kg. Kayan
  • Kg. Tanjung Kepah
  • Kg. Batu 14
  • Kg. Batu 15
  • Kg. Desa Pemarak
  • Kg. Tersusun Batu 7

 

  • Kg. Batu 3 Segari
  • Kg. Tersusun Pundut
  • Kg. Bharu (L) Ayer TAwar
  • Kg. Padang Tembak / Teluk Muruh
  • Kg. Telaga Nenas (L) Ayer Tawar
  • Kg. Teluk (L) Ayer Tawar
  • Kg. Teluk Gedong,Pulau Pangkor
  • Kg. Teluk Raja Bayang, Pulau Pangkor
  • Kg. Sungai Pinang Besar, Pulau Pangkor
  • Kg. Teluk Dalam, Pulau Pangkor
  • Kg. Telok Kecil

 

  • Kg. Pengkalan Bharu
  • Kg. Matang Acheh
  • Kg. Tanjung Ara
  • Kg. Matang Kerian
  • Kg. Indah
  • Kg. Sungai Batu
  • Kg. Tebuk Yan
  • Kg. 40 Rantai
  • Kg. Beting Luas
  • Kg. Segari
  • Kg. Panchor
  • Kg. Pantai Remis

 

  • Kg. Sitiawan
  • Kg. Serdang
  • Kg. Deralik
  • Kg. Lumut Kiri
  • Kg. Dato' Seri Kamaruddin
  • Kg. Teluk Penchalang
  • Kg. Pasir Panjang Laut
  • Kg. Sungai Wangi
  • Kg. Sungai Ramai
  • Kg. Ayer Tawar
  • Kg. Paya Nibong
  • Kg. Changkat Chermin
  • Kg. Banjar
  • Kg. FELCRA Lekir

Setiap mukim diketuai oleh seorang penghulu dan dibantu oleh ahli JKKK masing -masing.

Kawasan Parlimen di Daerah Manjung adalah Beruas (P.068) dan Lumut (P.074) manakala kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) adalah Pengkalan Bharu (N.36), Pantai Remis (N.37), Sitiawan (N.50), Pasir Panjang (N.51) dan Pangkor (N.52)

2.2 PENGGUNAAN TANAH

Luas Tanah milik(berdasar hakmilik)

Luas (H)

Peratus(%)

Pertanian

87,211.20

74.67%

Bangunan

2056.28

1.76%

Industri

510.97

0.44%

Lain-lain(Tanah Persekutuan,dll)

1275.45

1.09%

JUMLAH

91,053.90

77.96%

 

Lain-lain

Luas (H)

Peratus(%)

Tanah Rizab(Masjid,kubur,Surau,dll)

561.40

0.50%

Rizab Hutan

6215.30

5.32%

JUMLAH

6796.70

5.82%

 

2.2 KEPENDUDUKAN

Komposisi Kaum
(Banci Pendudukan Perumahan Malaysia 2010)

Jumlah

Peratus(%)

Melayu

112,071

50.08%

Cina

64,873

28.99%

India

27,513

12.29%

Lain-lain

19,347

8.64%

JUMLAH

223,804

100.00%

 

2.3.1 Pusat Pengajian Tinggi di Daerah Manjung

  • Universiti Kuala Lumpur Malaysian Institute of Marine Engineering Technology (UniKL MIMET)

  • Kolej Kejururawatan dan Sains Kesihatan Seri Manjung

  • Kolej Perikanan Malaysia, Kg Acheh

2.3.2 Bilangan Sekolah Menengah di Daerah Manjung

Sekolah Menengah Kebangsaan

Sekolah menengah Teknik

Sekolah Menengah Vokasional

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama

Sekolah Berasrama Penuh

Sekolah Menengah Agama (SABK)

19

0

1

0

0

1

 

2.3.3 Bilangan Sekolah Rendah di Daerah Manjung

Sekolah Kebangsaan

Sekolah Jenis Kebangsaan

Sekolah Jenis Kebangsaan(Tamil)

Sekolah Kebangsaan Khas

Sekolah Rendah Agama (SABK)

42

24

15

0

0

 

Jenis
(Banci Pendudukan Perumahan Malaysia 2010)

Bilangan

Hospital Awam

1

Hospital tentera

1

Hospital swasta

4

Pejabat Kesihatan

1

Poliklinik Komuniti

7

Klinik 1 Malaysia

1

klinik Desa

23

klinik Pergigian Kerajaan

25

klinik Swasta

75

klinik Pergigian Swasta

13

Farmasi Swasta

29

 

Pelawat atau pelancong yang berjiwa mencabar boleh mencuba disamping aktiviti meredah hutan.Beberapa kawasan untuk istirehat juga telah dibangunkan.Terdapat 2 buah bukit yang menjadi tempat rekreasi popular di Daerah Manjung iaitu :

  • Bukit Ungku Busu di Lumut
  • Bukit Pangkor di Pulau Pangkor
  • Teluk Batik (resort, pantai, taman permainan, rekreasi)
  • Teluk Rubiah (pantai, golf, sejarah)- telah ditutup, kini menjadi milik VALE SA.
  • Taman Esplanade, Lumut (rekreasi)
  • Pasir Panjang Segari (pantai, pusat pembiakan penyu, memancing)
  • Teluk Senangin (pantai)
  • Pasir Bogak (pantai)
  • Teluk Nipah (pantai)
  • Pantai Puteri Dewi (pantai, resort)
  • Pangkor village (pantai)
  • Kota Belanda Pangkor (sejarah)
  • Batu Bersurat (sejarah)
  • Pangkor Laut (resort)
  • Pulau Sembilan (pulau, memancing, menyelam)
  • Teluk Segadas Pangkor
  • Jambatan Gantung (rekreasi)
  • Damai Laut Resort
  • Restoran Terapong Teluk Gedong (makanan laut)
  • Kampung Bharu (sukan air)
  • Kampung Teluk (pertanian)
  • Lata Ulu Licin Beruas
  • Muzium Beruas (bahan sejarah)
  • Pulau Marina (Marina Island, Teluk Muruh)/(jeti dan pelancongan)

  • Mukim Beruas
  • Mukim Lekir
  • Mukim Lumut
  • Mukim Pengkalan Baharu .
  • Mukim Sitiawan
  • Bandar Lumut
  • Pekan Ayer Tawar
  • Pekan Beruas
  • Pekan Changkat Keruing
  • Pekan Damar Laut
  • Pekan Kampong Baharu
  • Pekan Kampong Koh
  • Pekan Kampong Sitiawan
  • Pekan Pangkor
  • Pekan Pantai Remis
  • Pekan Pasir Bogak
  • Pekan Gurney
  • Pekan Pengkalan Baharu
  • Pekan Segari
  • Pekan Sitiawan
  • Pekan Sungai Pinang Kechil

  • Masjid An-Nur Pengkalan TLDM 32100 Lumut
  • Masjid Khairul Jariah Segari 32200 Lumut
  • Masjid Al-Adly Pekan Lumut 32200 Lumut
  • Masjid Sultan Idris Shah 11 Kampung Teluk Muroh 32200 Lumut
  • Masjid Arfiah Kampung Batu 3 Segari 32200 Lumut
  • Masjid Al- Nuriah Kampung Changkat Cermin 32400 Ayer Tawar
  • Masjid Al-Falah Batu 16 32400 Ayer Tawar
  • Masjid Al-Ghufraniah Kampung Telok (l) 32400 Ayer Tawar
  • Masjid Al-Rabbaniah Kampung Banjar 32400 Ayer Tawar
  • Masjid Poroyiah Kampung Telaga Nenas 32400 Ayer Tawar
  • Masjid Aqsa Kampung Sungai ramai 32400 Ayer Tawar
  • Masjid Rahmaniah Kampung Sungai Wangi 32400 Ayer Tawar
  • Masjid As-Saadah Pekan Beruas 32700 Beruas
  • Masjid At-Taufiqiah Kampung Pintu Gerbang 32700 Beruas
  • Masjid Ehsaniah Padang Serai, Batu Hampar 32700 Beruas
  • Masjid Jamek Kampung Kedah 32700 Beruas
  • Masjid Khairul Huda Kampung Dendang 32700 Beruas
  • Masjid Muhammadiah Kampung Kota 32700 Beruas
  • Masjid Al-Khairiah Kampung 40 Rantai 32500 Changkat Keruing
  • Masjid Sultan Idris Shah 1 Kampung Changkat Keruing 32500 Changkat Keruing
  • Masjid Az-zakiah Kampung Tanjung Kepah Lekir 32020 Sitiawan
  • Masjid Ikramiah Kampung Kayan, Lekir 32030 Sitiawan
  • Masjid Al- Khairiah Batu 10 Lekir 32020 Sitiawan
  • Masjid Khairiah Batu 14 Lekir 32020 Sitiawan
  • Masjid Al-Nabawiah Felcra Gugusan Lekir 32000 Sitiawan
  • Masjid Al-rahmaniah Batu 8 Lekir 32020 Sitiawan
  • Masjid Al-Ismailiah Kampung Sungai Tiram 32020 Sitiawan
  • Masjid Al-Khairiah Kampung Sitiawan 32000 Sitiawan
  • Masjid An-Nasriyah Simpang Empat 32000 Sitiawan
  • Masjid Al-Wataniah Pasir Panjang Laut 32040 Seri Manjung
  • Masjid Nurul Hidayah Masjid Daerah Manjung 32040 Seri Manjung
  • Masjid Sultan Alang Iskandar Shah Kampung Dato Seri Kamaruddin 32040 Seri Manjung
  • Masjid Al-Aliah Pekan Pantai Remis 34900 Pantai Remis
  • Masjid Al-Khairiah Kampung Sungai Batu 34900 Pantai Remis
  • Masjid Hasaniah Kampung Panchor 34900 Pantai Remis
  • Masjid Nawawiah Pengkalan Baru 34900 Pantai Remis
  • Masjid Al-Khairiah Sungai Pinang Kecil 32300 Pulau Pangkor
  • Masjid Telok Raja Bayang Pekan Pangkor 32300 Pulau Pangkor
 

 

 

 

 



floating menu manjung content v1 ms

 

Footer ms