Top Header Manjung Content ms

HOME

PORTAL RASMI

PEJABAT DAERAH DAN TANAH MANJUNG

Menu Manjung 3rd Level Content ms

Bahagian Pengurusan Tanah manjung content ms

BAHAGIAN PENGURUSAN TANAH


 

Piagam Pelanggan

  1. Mendaftar dengan serta merta semua permohonan tanah yang lengkap.

  2. Mendaftarkan hakmilik sementara bagi Rancangan Tanah Berkelompok dan Perkampungan Tersusun dalam tempoh satu (1) hari bekerja bagi urusan secara operasi 'One Stop Centre'.

  3. Mendaftar perserahan urusniaga dan bukan urusniaga dalam tempoh dua puluh empat (24) jam bagi setiap satu (1) perserahan.

  4. Mengeluarkan Sijil Carian Rasmi dalam tempoh dua (2) hari bekerja bagi setiap satu sijil.

  5. Memastikan bil - bil cukai tanah dihantar kepada tuan - tuan tanah sebelum 1 Januari setiap tahun.

  6. Menyelesaikan permohonan Permit Bahan Batu dalam tempoh tujuh (7) hari setelah menerima Iaporan jabatan teknikal.

  7. Menyelesaikan permohonan tukar syarat nyata tanah pertanian dalam tempoh satu (1) bulan.

  8. Mengemukakan permohonan untuk mendapatkan kebenaran pindah milik / gadaian kepada Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Perak dalam tempoh dua (2) minggu.

  9. Setiap aduan akan dikeluarkan akuan terima dalam tempoh satu (1) hari dan jawapan rasmi akan dijawab dalam tempoh tujuh (7) hari.

 

Fungsi Bahagian Pelupusan Tanah

1. Unit Pendaftaran

1.1 Menguruskan pendaftaran urusniaga dan bukan urusniaga.
1.2 Menguruskan pendaftaran hakmilik baru, pengeluaran hakmilik sambungan, hakmilik gantian dan hakmilik pendua.
1.3 Memproses penukaran hakmilik sementara kepada hakmilik kekaI.
1.4 Mendapatkan kebenaran YAB Menteri Besar untuk pindahmilik dan gadaian tanah.
1.5 Memproses permohonan perintah jual.
1.6 Menyelenggara dan mengemaskini rekod - rekod pendaftaran hakmilik.

2. Unit Hasil

2.1 Menguruskan kutipan Cukai.

  • Cukai tanah semasa.

  • Tunggakan cukai tanah.

  • Bayaran premium tanah dan pelbagai hasil .

2.2 Menyediakan penyata dan akaun kutipan.
2.3 Penguatkuasaan ke atas kegagalan membayar hasil.
2.4 Menyelenggara dan mengemaskini rekod - rekod kutipan hasil.

3. Unit Pelupusan Tanah

3.1 Memproses permohonan - permohonan tanah kerajaan untuk mendapatkan hakmilik.
3.2 Memproses permohonan Lesen Pendudukan Sementara (LPS).
3.3 Memproses permohonan:

  • Memperbaharui tempoh pajakan tanah.

  • Perizaban tanah.

  • Permit ruang udara.

  • Pemindahan bahan batuan.

  • Melombong.

4. Unit Pembangunan Tanah

4.1 Menguruskan kutipan cukai tanah semasa

  • Tukar syarat.

  • Pecah bahagian.

  • Pecah sempadan.

  • Penyatuan tanah.

  • Penyerahan balik tanah .

4.2 Pengambilan balik tanah
4.3 Permohonan izin lalu untuk TNB.
4.4 Permohonan Hak Lalu Lalang.

5. Unit Teknikal Dan Penguatkuasaan

5.1 Memproses permohonan - permohonan tanah kerajaan untuk mendapatkan hakmilik.
5.2 Menyediakan carta permohonan tanah.
5.3 Menyediakan perkhidmatan penjualan pelan.
5.4 Menyelia rekod- rekod pemilikan dan fahrasat lot pejabat tanah.
5.5 Menyelenggara rekod - rekod dan data berkaitan setinggan, langgar syarat tanah dan pencerobohan tanah kerajaan.
5.6 Menyediakan permohonan ukur dan surihan penempatan.

 



floating menu manjung content v1 ms

 

Footer ms