Top Header Kuala Kangsar Content ms

p

Tel: 05 776 1055
Faks: 05 776 4441

e
HOME

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KUALA KANGSAR

Menu Kuala Kangsar 3rd Level Content ms

Breadcrumb

Ziarah Demi Cinta Dekati Penduduk

ZIARAH DEMI CINTA DEKATI PENDUDUK


      

KUALA KANGSAR 22 Okt. – Program Ziarah Demi Cinta Parlimen P067 Kuala Kangsar 2017 menjadi satu pendekatan baharu bagi menjalinkan hubungan lebih erat melibatkan Ahli Parlimennya, Datin Mastura Mohd. Yazid bersama penduduk setempat.

Datin Mastura berkata, di bawah program tersebut, beliau mengunjungi sekurang-kurangnya 1,400 rumah untuk beramah mesra dengan ahli keluarga sambil mengambil tahu dan mengenal pasti permasalahan mereka.

Beliau berkata, program bermula sejak 15 September lalu, berjaya menziarahi 144 keluarga yang kebanyakannya terdiri daripada warga emas, golongan kurang upaya, miskin dan sakit terlantar. “Dalam sesi ziarah ini, saya temui ada yang hanya bergerak di dalam rumah dengan menggunakan kerusi roda atau terbaring di katil. Selain itu, ada juga yang sakit lutut dan perlu berkunjung ke hospital atau klinik bagi mendapatkan rawatan lanjut.

“Saya juga berpeluang mengambil tahu soal pendidikan anak-anak mereka termasuk dari segi ekonomi keluarga serta keperluan kediaman yang perlu diperbaiki,” katanya kepada Utusan Malaysia baru-baru ini.

Antara kampung yang dikunjungi Mastura termasuklah Kampung Talang Hulu, Kampung Talang Hilir, Kampung Talang Masjid, Taman Bunga Raya, Kampung Kepala Bendang, Kampung Bukit Lada dan Kampung Guar.

Dalam pada itu, Mastura berkata, program tersebut turut disertai Ketua Wanita UMNO Bahagian Kuala Kangsar, Aishah Khalid bersama jawatankuasa serta ahlinya di peringkat cawangan selain mendapat kerjasama ketua kampung dan ahli Jawatankuasa Ke­selamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK).

Beliau mengakui, pertemuan itu banyak memberi inspirasi baharu kepadanya, khususnya dalam membantu golongan warga emas dan ibu tunggal yang kebanyakannya berdepan masalah kesihatan.

Katanya, sempena ziarah tersebut, beliau juga menyampaikan sedikit buah tangan berupa barangan makanan kepada setiap keluarga sebagai tanda ingatan.

 

         

 

       



floating menu kuala kangsar content v1 ms

Footer ms