Sejarah Daerah - PDT Kuala Kangsar
Top Header Kuala Kangsar Content ms
![]() |
Tel: 05 776 1055 Faks: 05 776 4441 |
![]() |
pdt_kkangsar[at]perak.gov.my |
HOME
PEJABAT DAERAH DAN TANAH KUALA KANGSAR
Menu Kuala Kangsar 3rd Level Content ms
Breadcrumb
Sejarah Daerah ms
SEJARAH KUALA KANGSAR
Kuala Kangsar merupakan sebuah Bandar Di Raja dan salah satu bandar bersejarah bagi Negeri Perak Darul Ridzuan, Malaysia.Kuala Kangsar juga merupakan kawasan pelancongan yang mempunyai pelbagai produk - produk tempatan dan Industri Kecil dan sederhana (PKS) yang menarik.Terletak kira -kira 48 kilometer ke utara dari Ipoh.Kuala Kangsar mendapat nama bersempena Pokok Kangsar yang tumbuh di tebing sungai dan juga terdapat versi yang mengatakan terdapatnya 99 anak sungai dan kurang 1 kepada seratus iaitu melalui sebutan Kuala Kurang Sa .Kuala Kangsar dapat dihubungi melalui Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) mellaui Exit 143 Persimpangan Kuala Kangsar , jalan persekutuan dan melalui kemudahan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).
Kuala Kangsar juga merupakan sebuah daerah perbandaran yang kini ditadbir oleh Majlis Perbandaran Kuala Kangsar .Pusat Pertumbuhan Utama daerah ialah Bandar Kuala Kangsar , Sungai Siput (U), Padang Rengas, Pekan Manong , Pekan Sauk, Karai , Pekan Salak, Lintang dan Lasah.
Bandar Sungai Siput (U) merupakan pusat pertumbuhan kedua terbesar selepas Kuala Kangsar di daerah Kuala kangsar sendiri.Aktiviti ekonomi utama terdiri daripada aktiviti pertanian.
Terdapat 9 buah mukim di dalam kawasan Daerah Kuala kangsar iaitu:
-
Mukim Chegar Galah
-
Mukim Kota Lama Kiri
-
Mukim Lubok Merbau
-
Mukim Kampung Buaia
-
Mukim Senggang
-
Mukim Sayong
-
Mukim Kota Lama Kanan
-
Mukim Sungai Siput
-
Mukim Pulau Kemiri
floating menu kuala kangsar content v1 ms
PERKHIDMATAN
PERKHIDMATAN