PROGRAM MENYEMAI KASIH RAKYAT (MEKAR-MASYARAKAT ORANG ASLI 2019) - PDT Kuala Kangsar
Top Header Kuala Kangsar Content ms
![]() |
Tel: 05 776 1055 Faks: 05 776 4441 |
![]() |
pdt_kkangsar[at]perak.gov.my |
PEJABAT DAERAH DAN TANAH KUALA KANGSAR
Menu Kuala Kangsar 3rd Level Content ms
Breadcrumb
PROGRAM MENYEMAI KASIH RAKYAT (MEKAR-MASYARAKAT ORANG ASLI 2019)
PROGRAM MENYEMAI KASIH RAKYAT (MEKAR- MASYARAKAT ORANG ASLI 2019)
20 Februari 2019 (Rabu) - Program Menyemai Kasih Rakyat (Mekar-Masyarakat Orang Asli 2019) di Pos Kuala Mu, Sungai Siput (U) adalah program anjuran Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Perak dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Masyarakat Orang Asli (JAKOA). Turut membantu bagi menjayakan program ini adalah jabatan Pejabat Daerah dan Tanah, Sungai Siput (U).
Program ini dirasmikan oleh YBhg. Dato' Mohammad Razin bin Abdullah, Ketua Pengarah Pendaftaran Negara Malaysia. Turut hadir sebagai tetamu kehormat bagi program ini adalah YBrs. Tuan Raja Azlal bin Raja Azman, Pengarah Pendaftaran Negara Negeri Perak; YBrs. Tuan Ahmad Munir bin Ishak, Pegawai Daerah Kuala Kangsar; YBrs. Puan Maznah, Pegawai Kemajuan Orang Asli Daerah, JAKOA serta YBhg. Dato' Saiful, Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Melayu, Cina, India dan Lain-Lain (MCIO).
Matlamat utama bagi program ini adalah pihak penganjur ingin memberi perkhidmatan kepada masyarat orang asli. Tetamu kehormat juga turut beramah mesra dengan masyarat orang asli dan melawat booth perkhidmatan Unit Mobile Kad Pengenalan dan Daftar Lewat Kelahiran.
floating menu kuala kangsar content v1 ms
PERKHIDMATAN
PERKHIDMATAN