Piagam Pelanggan - PDT Kuala Kangsar
![]() |
Tel: 05 776 1055 Faks: 05 776 4441 |
![]() |
pdt_kkangsar[at]perak.gov.my |
HOME
PEJABAT DAERAH DAN TANAH KUALA KANGSAR
PIAGAM PELANGGAN
BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN
- Permohonan penilaian duti setem dan dokumen dimatikan setem diselesaikan dengan kadar serta merta.
- Setiap aduan yang diterima lengkap akan dijawab dalam tempoh 14 hari bekerja.
- Kaunter bayaran bagi hasil daerah seperti RPA, lesen hiburan/eksais dan hasil air akan dibuka mengikut waktu pejabat.
- Sumbangan tabung bencana akan diberikan dalam tempoh 30 hari bekerja selepas menerima laporan yang lengkap daripada Penghulu Mukim.
BAHAGIAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR
UNIT FIZIKAL
- Projek dan perolehan bekalan yang tidak melibatkan sebutharga akan ditawarkan kepada kontraktor/pembekal dalam masa 14 hari bekerja dari tarikh penerimaan surat kuasa/waran peruntukan.
- Projek dan perolehan yang melibatkan sebutharga yang ditawarkan kepada kontraktor/pembekal dalam masa 30 hari bekerja dari tarikh penerimaan surat kuasa/waran peruntukan.
- Menyelesaikan proses bayaran siap kerja dalam tempoh 7 hari selepas dokumen tuntutan diterima dengan lengkap.
- Memastikan setiap projek dinilai melalui kajian kepuasan pelanggan dalam tempoh 14 hari bekerja selepas projek siap dilaksanakan.
UNIT MASYARAKAT
- Memastikan setiap permohonan e-kasih diselesaikan pada setiap 1 dan 16hb setiap bulan.
- Memastikan setiap permohonan Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) bina baru dan baik pulih rumah diselesaikan dalam tempoh 6 bulan.
BAHAGIAN PENGURUSAN TANAH
UNIT PENDAFTARAN
- Memastikan semua instrumen urusniaga dan bukan urusniaga yang didapati lengkap, sempurna dan teratur didaftarkan dalam tempoh 1 hari bekerja.
- Memastikan kebenaran gadaian dan pindah milik diberi perakuan / kelulusan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja.
UNIT PENGUATKUASAAN DAN TEKNIKAL
Memberi khidmat nasihat berhubung perundangan tanah berkaitan Kanun Tanah Negara (KTN 1965) serta merta kepada pelanggan. Menyediakan Laporan Tanah (Pelbagai Permohonan) dalam masa 3 bulan dari tarikh penerimaan oleh Pegawai Petempatan. Mengambil tindakan atas aduan berkaitan pencerobohan tanah kerajaan dan pemindahan bahan batu tanpa izin dengan serta-merta.
UNIT PEMBANGUNAN & PELUPUSAN
Memastikan permohonan pembangunan tanah yang diterima dan memenuhi syarat-syarat di bawah bidang kuasa Pentadbir Tanah diproses dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh permohonan lengkap diterima. Memastikan permohonan tanah individu yang lengkap diterima dan memenuhi syarat-syarat di bawah bidang kuasa Pentadbir Tanah diproses dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh permohonan diterima.
UNIT HASIL
Mengeluarkan bil-bil cukai tanah pada atau sebelum 15 Januari kepada pemilik-pemilik tanah yang mana nama dan alamat mereka didapati Lengkap. Menerima dan memproses bayaran cukai tanah semasa dan lain-lain bayaran bagi setiap giliran dalam masa 5 minit.
PERKHIDMATAN
PERKHIDMATAN