Piagam Pelanggan - PDT Kuala Kangsar
![]() |
Tel: 05 776 1055 Faks: 05 776 4441 |
![]() |
pdt_kkangsar[at]perak.gov.my |
PEJABAT DAERAH DAN TANAH KUALA KANGSAR
PIAGAM PELANGGAN
BAHAGIAN PENGURUSAN DAERAH
Anda adalah pelanggan, kami akan berusaha memberikan perkhidmatan yang adil mesra dan segera kepada anda, kami berjanji akan memberikan perkhidmatan seperti berikut:
- Setiap aduan bertulis akan dikeluarkan akuan terima dalam tempoh 7 hari dan jawapan rasmi akan dijawab dalam tempoh 14 hari.
- Menyelesaikan semua permohonan lesen-lesen dalam tempoh 4 minggu
- Kaunter bayaran termasuk kutipan hasil akan dibuka mengikut jadual, dan akan beroperasi dalam waktu pejabat. Masa kutipan dilanjutkan sekiranya keadaan memerlukan
- Permohonan penilaian duti stem akan diselesaikan dalam tempoh 4 minggu dari tarikh penerimaan.
- Stem dan dokumen akan dimatikan serta merta.
- Menyediakan baucar bayaraan pembelian dalam tempoh 5 hari bekerja
BAHAGIAN PENTADBIRAN TANAH
Bersedia memberikan perkhidmatan yang berkualiti dan cekap seperti berikut:
-
Memproses bayaran hasil tanah 1 minit setiap bil.
-
Memproses permohonan tanah sehingga menyediakan kertas MMK dalam tempoh 8 bulan.
-
Memproses urusan Pembangunan Tanah seperti Tukar Syarat, Pecah Sempadan, dan Pecah Bahagian dalam tempoh 1 bulan bagi kes dibawah bidang kuasa Pentadbir Tanah.
-
Semua penserahan Pindah Milik / gadaian akan didaftarkan dalam tempoh 24 jam.
-
Menyelesaikan Permohonan Kebenaran untuk memindah milik /gadaian dalam tempoh 5 hari bekerja bagi kes dibawah kuasa Pentadbir Tanah.
BAHAGIAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR
-
Akan berusaha sepenuhnya melaksana dan menyiapkan 100% projek yang diluluskan setiap tahun.
-
Projek dan Perolehan yang tidak melibatkan melibatkan sebut harga akan ditawarkan dalam masa 14 hari dari tarikh penerimaan surat kuasa / waran peruntukan.
-
Projek dan Perolehan Bekalan yang melibatkan Sebutharga akan ditawarkan 30 hari bekerja dari tarikh menerimaan surat kuasa / waran peruntukan .
-
Baucer bayaran akan disiapkan dan dikemukakan ke Pejabat Pembangunan Negeri , Bendahari Negeri, Akauntan Negara dalam masa 7 hari bekerja dari tarikh boranh inden kerja / Pesanan Kerajaan disahkan untuk pembayaran.
-
Setiap aduan yang diterima secara bertulis akan diakui terima dalam masa 7 hari bekerja dan diberi jawapan dengan penuh berhemah dan mesra
PERKHIDMATAN
PERKHIDMATAN