Top Header Kuala Kangsar Content ms

p

Tel: 05 776 1055
Faks: 05 776 4441

e
HOME

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KUALA KANGSAR

Menu Kuala Kangsar 3rd Level Content ms

Breadcrumb

perutusan pegawai daerah kuala kangsar content ms

PERUTUSAN PEGAWAI DAERAH KUALA KANGSAR


 

 

 
 

Saya dan seluruh warga kerja Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Kangsar mengalu-alukan dan mengucapkan setinggi penghargaan kepada semua pengunjung portal rasmi Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Kangsar ini.

 

Portal rasmi ini dibangun dan disediakan khusus untuk memberikan maklumat- maklumat asas kepada orang ramai berkenaan daerah Kuala Kangsar dan perkhidmatan- perkhidmatan yang disediakan oleh Pentadbiran ini. Orang ramai boleh mengakses dan mendapatkan maklumat yang diperlukan sebelum berurusan di pejabat atau membuat rujukan selanjutnya.
 

Dengan adanya portal ini membuktikan transformasi pentadbiran di peringkat daerah yang mana penyampaian maklumat boleh diperolehi pada bila- bila masa di hujung jari seiring dengan perkembangan teknologi semasa. Kami, warga kerja Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Kangsar amat berbangga menjadi sebahagian daripada penggerak pembangunan ini dan kami berharap dapat memberikan yang terbaik untuk anda semua.

 

Adalah diharapkan agar portal ini dapat membantu para pengunjung untuk mendapatkan maklumat dengan lebih cepat dan tepat. Saya juga mengalu- alukan pandangan membina daripada pengunjung portal ini bagi memantapkan lagi kandungan portal ini dari semasa ke semasa. Selamat melayari portal rasmi Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Kangsar.


 
Sekian, terima kasih dan salam hormat.
 

ZULHISHAM BIN AHMAD SHUKORI
Pegawai Daerah Kuala Kangsar

 

 

 

 



floating menu kuala kangsar content v1 ms

Footer ms