Top Header Kuala Kangsar Content ms

p

Tel: 05 776 1055
Faks: 05 776 4441

e
HOME

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KUALA KANGSAR

Menu Kuala Kangsar 3rd Level Content ms

Breadcrumb

Persidangan Pertama Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Yang Ketiga Belas Perak Darul Ridzuan : 8 Ogos 2017

PERSIDANGAN PERTAMA MESYUARAT KEDUA PENGGAL KELIMA DEWAN NEGERI YANG KETIGA BELAS PERAK DARUL RIDZUAN


      

YAB Dato' Seri Diraja Dr Zambry Bin Abd Kadir ketika berucap dalam Sidang DUN Perak. IPOH, 8 OGOS 2017 - Persidangan Pertama Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri yang Ketiga Belas Perak Darul Ridzuan berlangsung di Bangunan Perak Darul Ridzuan (SUK) berjalan lancar. Sidang Dun yang bermula sekitar jam 10 pagi itu berjaya dikawal dengan baik oleh Yang Dipertua Dewan Negeri Perak, YB Thangasvari Suppiah selain turut dihadiri semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada pihak kerajaan dan pembangkang.

Dalam sidang Dun itu juga, YAB Menteri Besar, Dato’ Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir telah mengemukakan jawapan berkaitan usaha dan pendekatan yang dijalankan oleh Kerajaan Negeri Perak dalam memacu pembangunan ekonomi Negeri melalui Pelan Pembangunan Perak Amanjaya (PAJ). Beliau turut berpendapat PAJ yang telah dirangka sejak 2010 itu akan dilaksanakan secara berterusan selain mempunyai indikator prestasi bagi menilai dan memastikan pembangunan ekonomi di Perak sentiasa berada pada tahap terbaik. Selain itu, Sidang Dun berkenaan yang berakhir sekitar jam 2.30 petang turut dihadiri oleh YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Dato’ Seri Abdul Puhat Bin Mat Nayan, YB Penasihat Undang-Undang Negeri, Dato’ Rohana Binti Abd Malek dan ketua-ketua jabatan negeri dan persekutuan.

       

                              

 

       

                              

 



floating menu kuala kangsar content v1 ms

Footer ms