Top Header Kuala Kangsar Content ms

p

Tel: 05 776 1055
Faks: 05 776 4441

e
HOME

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KUALA KANGSAR

PENGURUSAN ICT

Breadcrumb

PERBARISAN TEMPUR HARI TENTERA DARAT KE-86

PERBARISAN TEMPUR HARI TENTERA DARAT KE-86


 

       

         

 

SUNGAI SIPUT, 1 Mac 2019 - Perbarisan Tempur Hari Tentera Darat (HTD) Ke-86 pada tahun ini diadakan di Padang Bola Ladang Kamuning Sime Darby, Sg Siput Perak. Panglima Tentera Darat (PTD) Jeneral Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah bin Hj Mohd Nawawi hadir selaku Pegawai Tabik Hormat.

Perbarisan pada sambutan kali ini berkonsepkan tempur melibatkan sebanyak 7 Detasemen terdiri daripada 239 Pegawai dan 2,765 anggota Lain-lain Pangkat (LLP) yang diketuai oleh Brigedier Jeneral Dato' Abdul Aziz bin Hj Ismail, Panglima 6 Briged.

Pemilihan Sg Siput sebagai lokasi acara sambutan adalah kerana ianya merupakan lokasi pertama darurat diisytiharkan di Tanah Melayu pada tahun 1948, secara tidak langsung mengingatkan generasi muda terhadap jasa dan pengorbanan pahlawan serta pejuang terdahulu dalam mempertahankan kedaulatan tanah air.

Acara Perbarisan dimulakan dengan Demonstrasi Dinamik dari Pasukan Udara Tentera Darat (PUTD), Pasukan Gerup Gerak Khas (GGK) dan Pasukan 10 Briged (Para).
Selain dari Perutusan HTD Ke-86, pengisian acara juga termasuk:

Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan.

Anugerah Pengurusan dan Inovasi Tentera Darat (APITD) yang bertujuan untuk menilai pelaksanaan pengurusan dan inovasi serta memberi pengiktirafan di atas pencapaian formasi dan pasukan dalam membudayakan prinsip kualiti dan pengurusan yang efisien dan produktif di dalam TD.

Pelancaran Buku Dari Meja Panglima Tentera Darat (DMPTD). DMPTD merupakan medium yang digunakan oleh PTD ke-27 sejak mengambilalih jawatan pada 3 September 2018. lanya bertujuan untuk berkomunikasi secara informal dengan semua warga TD bagi menyampaikan apa juga pemerhatian, teguran dan perkongsian maklumat serta huraian terhadap topik-topik terpilih menggunakan aplikasi WhatsApp. Kompilasi pertama DMPTD telah dilancarkan pada 20 Disember 2018 lalu sempena 100 hari pemerintahan PTD, mengandungi 40 siri penulisan. Komplikasi kedua DMPTD khas diterbitkan sempena HTD Ke-86 mengandungi 20 siri penulisan (siri 41 hingga 60) yang dilancarkan hari ini.

Sidang Video (Video Conferencing). PTD turut berkomunikasi bersama Timbalan Panglima Tentera Darat (TPTD), Lt Jen Dato’ Hasagaya bin Abdullah yang ketika ini berada di lokasi 3 Briged, Sarawak bagi menyempurnakan acara pembukaan Eksesais SATRIA PERKASA peringkat Pemerintahan Medan Timur (PMT) menerusi Sidang Video yang diadakan.

Uniknya, semasa HTD Ke-86, ianya juga akan melaksanakan Eksesais SATRIA PERKASA iaitu merupakan satu siri eksesais yang telah dirancangkan oleh Tentera Darat pada tahun ini, bertujuan untuk menguji keupayaan formasi dan pasukan selaku Strike Force dalam peperangan konvensional.

Selain menguji keberkesanan penyatuan operasi di antara Briged, Trup Medan dan Trup TD, eksesais ini juga bertujuan untuk menilai kemampuan TD dalam mengaturgerak kumpulan Briged Infantri serta merancang dan melaksanakan latihan secara sistematik. Eksesais ini dilaksanakan secara serentak di Medan Barat dan Medan Timur.

Acara sambutan HTD Ke-86 turut dimeriahkan dengan Pameran Ketenteraan bagi memberi peluang kepada orang ramai dan masyarakat setempat mengenali Tentera Darat dengan lebih dekat lagi. Pameran ini bermula 1 hingga 3 Mac 2019 melibatkan demonstrasi/pameran berikut:

-Pertunjukan Payung Terjun.
-Tempur Tanpa Senjata (TTS).
-Anjing Perang TD.
-Drumline dan Tambor Wanita TD.
-Akrobatik Bermotosikal - Army Red Warrior.
-Hiburan - Badan Kesenian TD.
-Promosi dan Kerjaya.
-Senjata dan Peralatan.
-Aset dan Kenderaan Tempur.
-Perkampungan Ikhtiar Hidup.
-Hospital Medan

Turut hadir ialah Leftenan Jeneral Datuk Azizan bin Md Delin, Panglima Medan Tentera Darat (PMBTD), Para Pegawai Kanan TD, Para Pegawai dan Semua Peringkat anggota Tentera Darat. #HTD86

 

       



floating menu kuala kangsar content v1 ms

Footer ms