Top Header Kuala Kangsar Content ms

p

Tel: 05 776 1055
Faks: 05 776 4441

e
HOME

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KUALA KANGSAR

Menu Kuala Kangsar 3rd Level Content ms

Breadcrumb

PELANCARAN HARI ANTIDADAH KEBANGSAAN (HADAK) PERINGKAT NEGERI PERAK 2019

PELANCARAN HARI ANTIDADAH KEBANGSAAN (HADAK) PERINGKAT NEGERI PERAK 2019


 

       25 Februari 2019 (Isnin) - YBrs. Tuan Ahmad Munir bin Ishak, Pegawai Daerah Kuala Kangsar telah dijemput sebagai tetamu kehormat untuk merasmikan program Pelancaran Hari Antidadah Kebangsaan (HADAK) Peringkat Negeri Perak 2019 bertempat di Dewan Sri Semarak, SMK Tun Perak, Padang Rengas.

Program ini adalah anjuran Unit Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa), Jabatan Pendidikan Negeri Perak dengan kerjasama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Negeri Perak dan beberapa Jabatan yang turut terlibat.

Tetamu kehormat yang turut hadir ke pelancaran HADAK Peringkat Negeri Perak 2019 adalah:
• Tuan Haji Mat Jaafar bin Mat Zain, Ketua Sektor Pembangunan Kemanusiaan, Jabatan Pendidikan Negeri Perak
• Encik Khairil Anwar bin Ahmad, Pengarah AADK Negeri Perak
• ACP Ravi Chandran A/L V. Ramachandran, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, IPK Perak
• Encik Safuan bin Haji Raba'ai, Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Kangsar
• Encik Shamsuddin bin Md Zainal, Pengetua SMK Tun Perak

YBrs. Tuan Pegawai Daerah turut merasmikan sudut PPDa SMK Tun Perak yang bertemakan "KOMUNITI KITA TANGGUNJAWAB KITA" sempena sambutan HADAK Peringkat Negeri Perak 2019.

 

         

 

       



floating menu kuala kangsar content v1 ms

Footer ms