Lawatan Turun Padang dan Penyerahan Surat Pelawaan Penerimaan Bantuan Pembinaan Rumah - PDT Kuala Kangsar
Top Header Kuala Kangsar Content ms
![]() |
Tel: 05 776 1055 Faks: 05 776 4441 |
![]() |
pdt_kkangsar[at]perak.gov.my |
PEJABAT DAERAH DAN TANAH KUALA KANGSAR
Menu Kuala Kangsar 3rd Level Content ms
Breadcrumb
Lawatan Turun Padang dan Penyerahan Surat Pelawaan Penerimaan Bantuan Pembinaan Rumah
LAWATAN TURUN PADANG DAN PENYERAHAN SURAT PELAWAAN PENERIMAAN
BANTUAN PEMBINAAN RUMAH "BAITI JANNATI" KELOLAAN TNB
15 Oktober 2019 (Selasa), suatu Lawatan Turun Padang dan Penyerahan Surat Pelawaan Penerimaan Bantuan Pembinaan Rumah “Baiti Jannati” kelolaan TNB kepada dua (2) penerima di dalam Daerah Kuala Kangsar yang telah disempurnakan oleh YB Encik Abdul Yunus Bin Jamahri, Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Pertanian dan Perladangan Negeri Perak.
Pentadbiran ini mengucapkan Tahniah kepada dua penerima bantuan iaitu Encik Abdul Rahim Bin Rosli dari Kampung Chuar Hilir dan Encik Hamizan Bin Ibrahim dari Kampung Serdang, Tanah Merah, Lubok Merbau.
Pentadbiran ini juga merakamkan setinggi penghargaan kepada pihak YB Encik Abdul Yunus Bin Jamahri, TNB Perak dan semua pihak yang berkaitan atas usaha murni ini bagi membantu mereka yang kurang berkemampuan khasnya di Daerah ini.