Larian Sultan Nazrin Shah 2017 - PDT Kuala Kangsar
Top Header Kuala Kangsar Content ms
![]() |
Tel: 05 776 1055 Faks: 05 776 4441 |
![]() |
pdt_kkangsar[at]perak.gov.my |
PEJABAT DAERAH DAN TANAH KUALA KANGSAR
Menu Kuala Kangsar 3rd Level Content ms
Breadcrumb
Larian Sultan Nazrin Shah 2017
LARIAN SULTAN NAZRIN SHAH 2017
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim, menyertai Larian Hari Keputeraan Sultan Perak 2017 di Dataran Pavillion di sini, hari ini. Turut menyertai larian, Raja Kecil Besar, Raja Azlan Muzaffar Shah dan puteri Sultan Perak, Raja Nazira Safya. Yang hadir sama, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan isteri, Datin Seri Saripah Zulkifli, serta barisan EXCO negeri. Larian yang memasuki kali ketiga penganjuran sempena Hari Keputeraan Sultan Perak yang disambut 3 November lalu, menyaksikan lebih 6,000 penyertaan dari dalam dan luar negara. Sultan Nazrin turut berkenan melakukan pelepasan peserta larian pada jam 7 pagi membabitkan kategori 15 kilometer (km) dan 10km. Pelepasan peserta kategori pelajar sejauh 7km pula dilepaskan oleh Raja Azlan Muzaffar Shah dan diikuti dengan pelepasan bagi kategori tetamu kehormat yang membabitkan jarak 2km oleh adinda Sultan Nazrin, Raja Datuk Seri Yong Sofia. Acara bermula seawal jam 6.20 pagi itu turut diserikan dengan kehadiran pelakon Malaysia yang menempa nama di persada antarabangsa, Tan Sri Michelle Yeoh.
floating menu kuala kangsar content v1 ms
PERKHIDMATAN
PERKHIDMATAN