Top Header Kuala Kangsar Content ms

p

Tel: 05 776 1055
Faks: 05 776 4441

e
HOME

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KUALA KANGSAR

Menu Kuala Kangsar 3rd Level Content ms

Breadcrumb

IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) UNTUK BERKHIDMAT DI KOLEJ TUNKU KURSHIAH SEBAGAI GURU PROGRAM DIPLOMA INTERNATIONAL BACCALAUREATE - 20 APRIL 2019

IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) UNTUK BERKHIDMAT DI KOLEJ TUNKU KURSHIAH SEBAGAI GURU PROGRAM DIPLOMA INTERNATIONAL BACCALAUREATE - 20 APRIL 2019


 

       

MATAPELAJARAN:

1. EKONOMI
2. SEJARAH

Permohonan adalah dipelawa daripada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah yang berkelayakan untuk mengisi jawatan Pegawai Pendidikan Siswazah Gred DG41/44/48 di Kolej Tunku Kurshiah

Syarat Umum:

i. Pegawai Pendidikan Siswazah Gred DG41/44/48 yang sedang berkhidmat di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia;
ii. Telah disahkan dalam perkhidmatan;
iii. Bebas dari tindakan tatatertib atau tindakan mahkamah; dan
iv. Mempunyai markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT/PBPPP) yang baik untuk tiga (3) tahun terakhir.

Syarat Khusus:

i. Sekurang-kurangnya telah mengajar selama tiga (3) tahun.
ii. Sedia berkhidmat bersama Program IBDP Kolej Tunku Kurshiah sekurang-kurangnya lima (5) tahun.
iii. Mempunyai kelulusan, pengalaman atau kemahiran dalam subjek Ekonomi dan Sejarah.
iv. Fasih dalam Bahasa Inggeris (penulisan dan pertuturan)
v. Sihat fizikal dan tidak mempunyai sakit kronik.
vi. Mempunyai minat dan iltizam yang tinggi berkhidmat di peringkat pra-universiti.

Cara memohon:

i. Semua permohonan hendaklah disertakan Resume, Salinan Buku Perkhidmatan Kerajaan yang telah dikemas kini dan disahkan, salinan sijil/dokumen sokongan yang telah disahkan serta sekeping gambar berukuran passport melalui Ketua Jabatan kepada:

Pengarah
Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan,
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 3, Blok 2251, Jalan Usahawan 1,
63000 Cyberjaya
Selangor
(U.P. Dr. Nita@Siti Raudhah Amri)

ii. Sila tuliskan IBDP KTK disebelah atas kiri sampul surat.
iii. Satu salinan resume dihantar melalui emel ke Penyelaras IBDP Kolej Tunku Kurshiah di ibdp@tkc.edu.my

Tarikh Tutup : 20 April 2018 (Jumaat)

Hanya pegawai yang terpilih akan dipanggil dalam masa sebulan dari tarikh tutup untuk ditemuduga.

 



floating menu kuala kangsar content v1 ms

Footer ms