Top Header Kuala Kangsar Content ms

p

Tel: 05 776 1055
Faks: 05 776 4441

e
HOME

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KUALA KANGSAR

Menu Kuala Kangsar 3rd Level Content ms

Breadcrumb

DYMM Sultan Perak Berkenan Bubar DUN Perak : 9 April 2018

DYMM SULTAN PERAK BERKENAN BUBAR DUN PERAK: 9 APRIL 2018


       

DYMM Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah selepas pembubaran DUN Perak yang ke 13 dilaksanakan. KUALA KANGSAR, 9 APRIL 2018 - DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah memperkenankan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak ke-13. Pembubaran DUN Perak dibuat bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) selepas YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Bin Tun Abd Razak mendapat perkenan DYMM Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V bagi pembubaran Parlimen. YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri DiRaja Dr. Zambry Bin Abd Kadir telah menghadap baginda untuk memohon perkenan pembubaran DUN berkenaan. Turut berangkat ke istiadat tersebut ialah DYTM Raja Muda Perak, Raja Jaafar Ibni Almarhum Raja Muda Musa dan DYAM Raja Di Hilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Ibni Almarhum Sultan Idris Shah. Istiadat dimulakan dengan bacaan al-Quran sebelum disusuli dengan titah DYMM Sultan Nazrin Muizzuddin Shah yang pertama kali dilaksanakan dalam istiadat memberi perkenan pembubaran DUN.

Dalam istiadat itu baginda menzahirkan penghargaan atas perkhidmatan YAB Dato’ Seri DiRaja Dr. Zambry Bin Abd Kadir yang telah memimpin Kerajaan Negeri Perak sejak 7 Mei 2013, setelah mendapat perkenan baginda untuk menggalas tugas selaku Menteri Besar. DYMM Sultan Nazrin Muizzuddin Shah juga menzahirkan penghargaan kepada ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Dewan Negeri Perak ke-13 yang telah menyempurnakan tugas selain tanggungjawab masing-masing. “Setelah menimbangkan permohonan tersebut, berpandukan Fasal 2 Perkara 36 Bahagian Pertama Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan, beta memberi perkenan Dewan Negeri Perak Ketiga Belas dibubarkan berkuat kuasa 9 April 2018. “Beta juga menzahirkan penghargaan kepada ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri begitu juga kepada semua ahli Dewan Negeri Perak Ketiga Belas yang telah menyempurnakan tugas dan tanggungjawab masing-masing,” titah baginda.

       

                              

 

       

                              

 



floating menu kuala kangsar content v1 ms

Footer ms