Program Turun Padang Anjuran Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan (YBUDR) - PDT Kerian
Top Header Kerian Content ms
Menu Kerian 3rd Level Content ms
Breadcrumb
Program Turun Padang Anjuran Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan (YBUDR)
PROGRAM TURUN PADANG ANJURAN YAYASAN BINA UPAYA DARUL RIDZUAN (YBUDR)
Tanjung Piandang, 14 Julai 2015 - Satu program turun padang anjuran Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan (YBUDR) yang dipengerusikan oleh YBhg Dato' Ismail Saffian telah diadakan disini dengan kehadiran tetamu kehormat iaitu YB Dato' Abdul Puhat bin Mat Nayan - Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.
Dalam program tersebut, Dato' Abdul Puhat telah menyalurkan peruntukan untuk membina dua buah rumah baru dan membaiki dua buah rumah.
Turut diadakan majlis penyampaian bantuan kotak makanan YBUDR kepada 200 orang penerima dan majlis berbuka puasa bersama penduduk setempat di Masjid Jamek Pekan Tanjung Piandang.