TUAN HAJI MOHD SABLI BIN BAKRI,P.M.P.,A.M.P
PEGAWAI DAERAH KERIAN,
PERAK DARUL RIDZUAN.
|
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Salam Sejahtera,
Selamat melayari portal rasmi Pejabat Daerah Dan Tanah Kerian yang bersifat informatif dan interaktif. Ia dibina dengan objektif memberikan maklumat yang komprehensif dan terkini mengenai profil Pejabat Daerah Dan Tanah Kerian termasuk perkhidmatan yang disediakan.Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kerana sudi melayari portal rasmi Pejabat Dan Tanah Kerian dan mengambil manfaat dari maklumat yang terkandung di dalamnya.
Perkembangan semasa dalam penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) menawarkan ruang yang luas bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan dan penyebaran maklumat. Melalui laman web ini, ianya diharapkan akan menjadi saluran dan sumber rujukan yang berguna kepada pelanggan bagi mendapatkan maklumat terkini berkaitan pelbagai perkhidmatan yang dikendalikan oleh Pejabat Daerah Dan Tanah Kerian.
|
Sejak diwujudkan, laman web ini telah dikemas kini dari segi penampilan, kandungan dan paparan maklumat serta kemudahan urusan yang disediakan. Maklumat yang dipaparkan seperti garis panduan permohonan, borang-borang yang digunakan dan kadar bayaran yang dikenakan dapat membantu pelanggan menyediakan persiapan sebelum berurusan dengan kami. Sementara kemudahan urusan yang disediakan seperti semakan cukai tanah serta ruangan bagi mengemukakan pertanyaan, aduan serta maklumbalas diharap akan memudah interaksi dan meningkatkan keberkesanan pemberian perkhidmatan kepada pelanggan-pelanggan.
Saya juga mengalu-alukan pandangan dan cadangan daripada pengunjung-pengunjung bagi memperbaiki lagi kandungan laman ini dari semasa ke semasa.
Selamat melayari portal rasmi Pejabat Daerah Dan Tanah Kerian.
|
TUAN HAJI MOHD SABLI BIN BAKRI,P.M.P.,A.M.P
PEGAWAI DAERAH KERIAN,
PERAK DARUL RIDZUAN.
|